sengaja ummi nak cerita di sini tentang seorang jejaka yang bertakhta di hati ummi.. dia sangat mementingkan kesempurnaan.. bagi ummi, itu satu kelebihan.. memandangkan ummi bukan seorang yang begitu.. so, perkataan You Complete Me! sangat sesuai buat ummi dan jejaka itu.. Alhamdulillah...
jejaka itu ialah ayah...
sedang mencari kesempurnaan sepasang kasut...
berdiri...
duduk...
masih membelek...
aktiviti ini telah mengambil masa selama sejam.. ataupun lebih.. ummi pun tak ingat.. dan Alhamdulillah sepanjang sesi mencari kesempurnaan, si comel ini telah...
tidur dengan antenggg sekali.. hehehe.. dapat lah ayah meneruskan usaha mecari kesempurnaan dengan tenang...
sebelum sesi membeli kasut, ayah telah menemani ummi memilih beberapa helai baju dalam masa setengah jam sahaja.. tetapi ayah sebaliknya.. ummi terfikir.. rasanya macam dah terbalik.. sepatutnya, sesi ummi lagi lama berbanding ayah memandangkan ummi seorang wanita yang kebiasaanya akan menjadikan aktiviti membeli belah sehari suntuk.. oh well.. You Complete Me! :) lagipun kasut-kasut lelaki ni mahal-mahal ummi tengok.. kalau nak pilih kena puas hati.. kasut yang lama dah koyak rabak.. kali ni ayah kena pastikan kasut yang dibeli bukan bertahan setahun tapi bertahun-tahun.. kasut yang ayah beli ni ummi tengok berkualiti.. rasa-rasanya lagi 6 5 tahun baru tukar yang baru... insyaAllah :)... takpun takyah tukar langsung sampai ayah pencen.. sebab mahalllll... hehehe...