Friday, February 19, 2010

Nikmat dan Istighfar..

Bismillahirrahmanirrahim :)

ummi nak share kuliah fardhu ain muslimat yang selalu diadakan di pejabat ummi setiap hari jumaat.. Ustazah Ayu adalah penceramah tetap bagi kuliah ini.. semasa ustazah memberi kuliah ini, menangis dia.. tersekat-sekat suara nak menghabiskan hadis ini yang diceritakan oleh Malaikat Jibril kepada Rasulullah saw.. semua muslimat dalam kuliah merasa yang sama.. alhamdulillah :).. ini kuliahnya...


Ada seorang hamba Allah yang tinggal di sebuah gunung di tengah-tengah lautan yang kerjanya hanyalah beribadah.. hamba itu beribadah selama 500 tahun lamanya.. disediakan oleh Allah untuk hamba itu sebesar ibu jari air mata air yang segar dan sebuah pohon delima yang hanya akan mengeluarkan sebiji buah delima setiap malam.. tempat huni hamba ini adalah lintasan bagi para Malaikat setiap kali turun naik mereka ke langit dan bumi.. setiap hari di dalam doanya, dia akan meminta sesuatu yang spesifik kepada Allah.. suatu hari dia berdoa :

Ya Allah, sekiranya aku mati, jangan biarkan mayat ku di tanam.. kerana aku tidak mahu mayatku rosak sehingga hari kebangkitan... Ya Allah, masukkanlah aku ke SyurgaMu dengan amalku..

kemudian.. Allah memerintahkan para Malaikat memasukkan hamba ini sebaliknya ke Neraka bukan Syurga seperti yang diminta di dalam doanya itu..

Di Neraka, hamba ini terpekik terlolong meminta untuk di masukkan ke Syurga : 

Ya Allah, masukkan lah aku SyurgaMu.. sambil menangis...

Lalu Allah berfirman:

Hambaku, siapakah yang memberimu minum air yang segar dari air laut yang masin?.. Hambaku, siapakah yang telah memberimu makan dari pohon delima yang enak rasanya?.. Hambaku, siapakah yang mendorongmu berdoa setiap kali di dalam solatmu?.. Hambaku, siapakah yang mendengar dan memakbulkan segala doa-doa mu?.. Hambaku, siapakah yang telah mencipta dirimu dari tiada apa-apa?.. Hambaku, siapakah yang telah mengurniakan mata untukmu melihat keindahan bumi yang Aku ciptakan untukmu? Hambaku, sesungguhnya 500 tahun amalmu tidak akan pernah dapat membayar walau satu pun nikmat-nikmat yang aku beri padamu.. walau dengan nikmat mata.. Oleh itu, Nerakalah tempat mu... Syurgaku diberi hanya dengan rahmatKu..

Hamba itu tertunduk dan meratap kesedihan dan mengaku akan kesilapannya lalu dia berkata :

Ya Allah, sesungguhnya tidak akan terbayar segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan padaku.. Ya Allah, ampunilah daku.. masukkanlah aku ke dalam SyurgaMu..

Ternyata, Allah yang Rahman.. Allah yang Rahim.. Dia amat mengasihi dan menyayangi hambanya itu.. lalu dimasukkan jua hamba itu ke dalam SyurgaNya..


Menangis lagi ustazah :').. walaupun kita sentiasa lupa dari semua nikmat yang diberi olehNya, Allah sentiasa menyayangi kita berdasarkan cerita hadis ini.. berkepuk-kepuk dosa dan maksiat kita buat tetapi Allah tetap sangat menyayangi kita.. dan nikmat yang tak pernah putus.. sumber oksigen.. pernah habis?.. sedih kan... apa lah sangat segala ibadah yang telah kita lakukan memadai dengan nikmat-nikmat yang Allah berikan.. takkan pernah terbayar.. amalkanlah istighfar...

dari Abu Musa Al Ashaari, sahabat Rasulullah saw:

miliki dua janji keselamatan azab dari Allah swt dari surah Al-Anfaal ayat 33:
Dan Allah sekali-kali tidak akan mengazab mereka, sedang kamu (Muhammad) berada diantara mereka. Dan tidaklah (pula) allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun.

dua itu ialah, adanya Nabi Muhammad di kalangan kita dan keampunan, istighfar. memandangkan Rasulullah tiada lagi 'bersama' kita, jadinya istighfar menjadi janji keselamatan buat kita, umatnya akhir zaman :)

Friday, February 12, 2010

dah 8 bulan!?

BismillahiRahmanirRahim :)

ummi terkejut bila tengok ticker jannah kat blog ummi ni menunjukkan "my baby is 8 month old".. sebelum ini ummi akan alert dengan setiap 12hb setiap bulan.. hari ni 12hb tapi ummi lupa pulak yang anak ummi dah masuk 8 bulan.. so, agak terkejut lah bila tengok ticker bertukar nombor.. hehehe...

pada sesetengah ummi yang anak mereka telah melepasi 8 bulan, mereka tidak akan hairan dengan entry ini ye.. tapi bagi ummi, ummi suka :) macam lama nak tunggu 12 bulan tu kan jannah.. ummi tak sabar nak dengar jannah bercerita dengan ummi ni... maksudnya bercerita dengan bahasa yang ummi faham lah :)..

ummi doakan anak ummi akan terus menerus berjuang menuju ke 12 bulan.. seterusnya ke 12 bulan lagi.. dan 12 bulan lagi.. dan seterusnya sehingga dirimu menjadi yang hafizhoh, yang mujahidah, yang solehah, yang shahidah :) insyaAllah :).. amin... 


 maaf ye.. gambar blur.. nak jugak letak sebab jannah pakai tudung...

Thursday, February 11, 2010

sudah 3 tahun.. Alhamdulillah

Bismillahi ya Rahman ya Rahim =)

semalam, 10 Februari 2010 telah membawa ummi dan ayah ke tahun 2007 pada tarikh yang sama.. dimana kami telah diijabkabulkan menjadi pasangan suami isteri yang sah.. Alhamdulillah.. semalam juga, ummi telah menerima ini...



dari ayah.. ummi suka sangat.. dapat bunga.. ummi tak suka dapat bunga sejambak besar tu sebab tak tau nak jaga dia macam mana :) ummi pun ada bagi ayah.. tapi tak ambil pula gambarnya.. 

setelah ulangtahun yang ke-3, ummi dan ayah telah dikurniakan olehNYA hadiah yang paling bermakna.. iaitu...


kamu.. :)


 
buat ayah dan ummi, terimalah seadanya d dan abang yang ada sekarang ni... tak kiralah dulu mas kahwin d tinggi ke, rupa abang tak mengancam ke.. itu bukan penghalang.. yang penting kita terus berganding bahu untuk mendidik diri menjadi insan soleh dan solehah.. kemudian jadikan rumah tangga kita wadah ketenangan dan kasih sayang.. sama-sama ada kelemahan, sama-sama memperbaikinya.. jangan putus asa dengan karenah masing-masing.. terima seadanya. berusaha sekuatnya! boleh? insyaAllah :)

Wednesday, February 10, 2010

brand new..

brand new hair for jannah :)

ok tak rambut jannah yang baru.. jannah, bila tengok gambar ni dah besar nanti jangan malu-malu ye.. comel je ummi tengok.. walaupun opah cakap : koyo lanang iki bocah cilik.. yang maksudnya adalah : comel sangat jannah dengan rambut yang baru ni.. ha ok ok.. ummi tipu.. dah besar nanti tau la apa maknanya tu ye.. ni ada lagi gambar rambut baru jannah :)


acik linda ckp : rambut jannah ada punk lah..

ummi jawab : itu adalah kerana pusarnya yang dua :) 




ok sekian...

maklong : ada nak komen ke? mak ngah dah komen dah...