Wednesday, December 23, 2009

jannah dan bumbo chair nya

ok.. gambar ni untuk tatapan ibu damia.. dia tak macam excited pun masa mula-mula dapat kerusi ni.. dudukkan je terus angkat-angkat tangan minta ummi dukung.. ummi biar je.. ok lama-lama menjerit sebab memang takmo duduk.. 


masa mula-mula duduk.. ummi??


lepas-lepas tu dudukkan lagi.. cepat-cepat bagi toy dia, ok diam.. suka.. lama duduk kat dalam kerusi.. macam biasala.. benda baru masih tak ngam lagi dengan jannah..



second time duduk.. dapat toys.. ok layannn...



setelah 3 hari bumbo menjadi milik jannah...





jannah dan bumbo di hari ketiga...




sambil melayan semekut farley's...




yeayy! ummi, jannah suka kusi ni.. time kaseh ye :)

masa dan 1431 hijri

ummi rindu ini :(



kenapa tiba-tiba?

entah la.. mungkin sebab masa ayah untuk ummi dan jannah sangat-sangat kurang..

adakah ummi menyalahkan itu?

mestilah tak.. bayangkan seorang suami atau isteri yang mempunyai pasangan bekerja sebagai seorang doktor yang tugasnya berdasarkan on call.. bayangkan berapa ramai orang akan sakit setiap hari atau emergency.. haa mereka-mereka ni sangat menghargai masa.. sama juga dengan pasangan yang perlu berlayar menjaga perairan negara misalnya.. perlu berada di laut selama 3bulan 4bulan... mereka juga kurang masa dengan keluarga.. malah.. lagi sedikit masa mereka berbanding ummi yang suaminya bekerja sebagai pegawai agihan zakat.. yang kerjanya melibatkan cuti umum, cuti minggu.. ayah masih ada masa lepas kerja.. walaupun singkat...

belum cerita lagi keadaan isteri-isteri di zaman Rasulullah SAW dan sahabat yang tugas utama mereka adalah berjihad untuk Islam.. andai selepas tamat perang si suami pulang, alhamdulillah.. suamiku selamat.. andai si suami tidak pulang selepas perang, alhamdulillah... semoga aku berjumpamu di sana.. redha dan taat sungguh mereka.. ummi?.. aduh sukar.. ummi cuba untuk sampai ke tahap itu.. insyaAllah...

jadi apa masalahnya?

tak da masalah pun cuma ummi rindu je masa-masa yang ada untuk ummi dulu.. banyak sangat.. seronok tapi mungkin disalah guna tanpa ummi sedari.. jadinya, insyaAllah azam untuk 1431H ni ummi nak cuba guna masa yang ada dengan sempurna sebab...

"Demi masa sesungguhnya manusia kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, pesan-memesan dengan kebenaran, pesan-memesan dengan kesabaran"

ok.. bunyi macam ummi baru sedar kan.. sebenarnya dah lama sedar tapi sentiasa lalai.. haihh.. insyaAllah ummi akan guna masa yang ayah tinggalkan untuk ummi dengan mendidik yang comel ini.. ummi akan guna silibus yang lagi padat dan menarik untuk jannah.. ok sayang.. tunggu ummi cuti nanti ye..




ummi nak ajar jannah apa? tepuk tangan jannah dah ok dah ummi.. cuba ummi nyanyi lagu tepuk amai-amai..



Tuesday, December 15, 2009

Setiausaha yang blurrrr...

merujuk kepada tajuk di atas, ada kisah yang perlu ummi ceritakan di sini mengenai Setiausaha yang Blur.



SU A   :   Assalamualaikum..

SU B   :   Waalaikum salam..

SU A   :   saya Setiausaha A dari Lembaga Tabung Haji.. Dengan siapa saya bercakap ye?

SU B   :   Setiausaha B..

SU A   :   ok macam ni puan, saya nak tanya sama ada Bos puan dapat hadir tak untuk mesyuarat sekian sekian pada 22 Disember ni?

SU B   :   ermmm.. *sunyi.. bunyi cengkerik semak samun dlm hutan*

SU A   :   22 Disember jam 8.15 pagi.. Bos puan akan hadir?

SU B   :   errr.. sebenarnya dia masih bercuti masa tu..

SU A   :   kalau macam tu siapa yang akan hadir ye.. kami perlukan wakil..

SU B   :   errr... *bunyi cengkerik lagi sekali*.. kejap ye

SU A   :   ok... *laaa... macam baru bangun tido je die nih..*

SU B   :   saya rasa Bos akan hantar En. sekian sekian.. tapi kejap ye..

SU A   :   ok... *masih tak tau bos die nak hantar sapa?.. meeting nak dekat nih..*

SU B   :   nanti saya call puan balik.. apa nombor ye...



haa.. begitulah dialog dengan setiausaha yang blur.. saja je nak cerita kat sini.. sebab bagi ummi, sebagai seorang setiausaha, kita mesti cepat dan tahu apa tindakan yang perlu di buat dalam apa situasi pun.. sewaktu bos cuti, bos marah, bos girang gembira.. ummi pun kadang-kadang blur juga :)  tapi dalam situasi yang agak genting dengan meeting yang lg 5 hari ni, tak boleh dah nak buat bunyi cengkerik semak samun dalam hutan.. kena cekap dan pantas baru la bos sayang :) pastu bagi markah smart-smart.. Alhamdulillah.. kerja berniatkan Allah dan dimulakan dengan namaNya, insyaAllah boleh dapat markah smart.. kan jannah :)




small note : ummi rasa dia tengah main farmville kat FB sebab bos dia takda.. takpun tulis belog cam ummi nih.. hehehe.. ummi! buat keje!!

Thursday, December 10, 2009

firedrill !!

ok.. nak cerita pasal firedrill di tempat kerja ummi semalam yang membuatkan kaki ummi sebahagian besar nya di betis sangat kejang dan tegang pada hari ini.. nak jalan amat la susah dan sakit.. terhincut hincut dibuatnya.. alhamdulillah.. kafarah ummi kafarah.. jangan mengeluh...

ummi di paksa oleh encik encik bomba untuk turun tangga semasa loceng kecemasan dibunyikan memandangkan lif telah di 'shut down'... untuk pengetahuan jannah dan semua, pejabat ummi mempunyai 38 tingkat kesemuanya dan ummi berada di tingkat 37.. hasilnya.. ummi kena turun tangga dari tingkat 37 hingga ke tingkat lobi untuk menyelamatkan diri dari rentung.. kalau dulu masa sekolah.. kelas kat tingkat 4 pun boleh rasa penat dengan aktiviti ini (waktu mendaki la kan..) ini kan lagi tingkat 37 :).. terketaq pala lutut ni rasa cam nak tumbang tergolek golek kat tangga tu jugak.. tetapi ummi dengan penuh Bismillahirrahmanirrahim tak berapa rasa nak tumbang tergolek golek.. alhamdulillah di beri kekuatan dan ketenangan.. sangat mujarab apabila menyebut nama-namaNya :)

dek kerana telah mendapat musibah di kaki, ummi pun tidak dapat membuat kerja rumah dengan sempurna semalam.. jannah pun boleh dikatakan main sorang-sorang malam tadi.. maaf ye sayang.. ummi tak berapa nak sihat main dengan jannah.. ayah pula terpaksa menyantap makanan dari air tangan tukang masak restoran sebelah rumah.. maaf ye sayang.. dah nak cuba masak tapi sangat-sangat tak larat.. gambar akan menyusul kemudian.. insyaAllah :)

Monday, December 7, 2009

Shurini 1983-2009


this is her.. during her wedding last year

received text from my close friend wawa on friday, 5.00 p.m... i was on my way home after work.. been checking the text again and again.. impossible! mungkin wawa tersalah taip kot.. maybe she want to tell me that baby shurini telah kembali ke rahmatullah.. because she supposed to deliver her baby this month.. maybe there's something wrong during the labouring.. checked again.. then i called wawa.. its true... it is her.. it is nini yang kembali ke rahmatullah :(.. innalillahi.... tapi kenapa? takkan secepat itu.. no one can give me the answer.. tapi satu yang aku kagum.. arwah pulang pada hari jumaat... seribu hikmah disebali hari itu.. insyaAllah...

close dengan arwah on part 4, OM 114, Sri Iskandar.. sebilik dengan arwah, wawa dan eja until it end on part 6, 2005... she is beautiful.. not envy her beauty tapi suka sangat tengok muka arwah.. cantik sangat... hati dia pun cantik... tak kisah kawan dengan sesiapa pun.. even me.. walaupun aku sedikit muslimah berbanding dia.. niat aku berkawan dengan arwah untuk sama-sama menjadikan arwah seorang muslimah juga.. semoga arwah telah menjadi muslimah di hati suami, keluarga dan rakan-rakan sekelilingnya.. dia seorang yang pemurah.. suka share barang dan makanan dengan kengkawan.. dia juga seorang yang kelakar... aku rindu gelak tawamu sahabat.. arwah suka bertanya perihal agama dengan aku.. pada masa yang sama, aku juga belajar benda yang baru dengan setiap pertanyaan arwah.. terima kasih sahabat :)

dengan pemergianmu, aku kini telah menghitung setiap amal dan detik pemergianku kelak.. sesungguhnya aku tidak bersedia dengan pemergianmu... seperti mana tidak bersedianya aku dengan hari ku nanti.. tetapi siapalah aku... seorang hamba yang hanya layak dipijak, dicaci dan dihina di atas dosa-dosaku.. semoga dirimu memperoleh rahmat disisiNya disana.. sahabat, terima kasih dan al-fatihah buatmu :)

bila jannah...


bila jannah dan boring dengan mainan dan semua barang kat rumah, jannah akan...




buka laptop ayah... sambil





menengok video klip...





lagu "I Can't Smile Without You" yang bersuara Alvin the Chipmunk... hehehe..

Wednesday, December 2, 2009

jannah's hard time



this is her.. ill :(



less smile even we laugh a lot to her action :(



always want people to hold her due to her illness :(



until she fell asleep for not having a good night sleep :(


but.. Alhamdulillah yesterday she looks happier and ummi have'nt capture those happiness yet because ummi too tired yesterday.. so.. to maklong and makngah.. dont worry no more because jannah is getting her smile back ;).. wassalam..


sepetang bersama jannah

bila jannah merengek dan selalu tengok pintu, maknanya dia nak keluar.. bila ummi dah siap pakai tudung semua, dia akan senyum comel.. ni la dia petang-petang dengan jannah dekat buaian atok..



signature pose jannah





buaian atok yang warna hijau





bila dah pegang payah nak lepaskan





mana-mana pun ada hp ummi yang jannah suka makan






jannah yang kini telah menjumpai lidahnya..






ok jannah jom masuk.. sekian dulu siaran sepetang bersama jannah dan ummi.. wassalam...





Tuesday, December 1, 2009

Hamba mendamba Cinta Mu..

sejak ummi menjadi ummu, most of my ibadah is out of tune.. boleh dikatakan semuanya.. less solah performed on early time.. less quran recitation.. and more.. bunyinya macam ummi salahkan the mother's and daughter's title.. the working lady.. the house chores.. subhanallah.. tidak sekali kali.. jangan biarkan aku menyalahkannya ya Rahman.. semuanya aku, semuanya nafsuku.. kejahilanku.. segala-galanya aku.. aku yang tak mampu untuk menghadirkan diriku di dalam ujian Mu ini..

oleh itu, di bawah adalah lirik lagu yang mewakili ummi di dalam keadaan ummi sekarang sebagai hambaNya.. diharapkan dapat mewakili semua yang membaca entry ummi ini.. untuk jannah juga ya sayang ;).. jangan jadi macam ummi ok.. insyaAllah ummi akan belikan album ni untuk jannah dengar sebab bila jannah baca entry ni nanti, album tu pun dah takda agaknya.. hehe...


Damba Cintamu
~album Syukur, Raihan~

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu


Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti


Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu


Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula


Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu


Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku


Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat

Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat


hidayah Mu turun sewaktu aku ingin mencari rezeki Mu.. di gerakkan jariku untuk memicit butang radio dan memilih ikim.fm sebagai medium hidayah buatku di hening pagi.. bukan era.fm mahupun mix.fm.. lagu ini tiba-tiba diputarkan buat santapan sarapan pagi jiwa ku.. syukran ya Rabb!.. syukran.. semoga diri ini sentiasa diperbaiki untuk melangkah menuju cahaya Jannah Mu.. amin ;)..



ummi rindu ini ;)