Bismillahirrahmanirrahim :)
setiap hari tanpa ummi sedari ummi telah buat banyak kerja yang mendatangkan pahala :) satu, berkhidmat pada..
ayah..
dan dua, berkhidmat pada...
jannah...
ketahuilah kawan-kawan yang masih bujang atau masih tiada anak yang sedang membaca entry ini.. ini adalah amat memenatkan.. bukan senang.. malah susah sangat.. ia perlukan kesabaran dan kekuatan yang paling tinggi.. hehehe.. bunyi nya macam nak masuk perang je.. tapi memang betul la tu.. ini adalah jihad seorang isteri dan ibu.. lakukanlah semua kerja-kerja khidmat itu dengan ikhlas.. memasak, mengemas, menjaga anak, mencuci.. kerja-kerja itu nanti akan buat anda tersenyum sebab akhirnya suami akan puji sebab masakan itu sedap dan anak akan rasa ibu lebih menghargainya.. penat boleh jadi gembira.. barulah dapat baiti jannati... teringat ummi dekat opah.. dan nenek.. wahhh hebatnya mereka... renungkanlah bersama cerita di bawah ini...
"Kahwin memang satu penghambaan. Saya rasakannya begitu."
Saya terkejut. Wanita yang berusia sekitar 30 an itu begitu berterus terang. Apabila saya tanyakan kenapa, dia terus menjawab:
"Suami tidak pernah menghargai saya. Bayangkan setelah berkahwin hampir 20 tahun, dia langsung tidak pandai berterima kasih."
"Cuba awak bayangkan, kalau isteri menuntut bayaran atas semua kerja yang dilakukan dalam sebuah rumah tangga. Mampukah suami membayarnya?"
"Bayaran?" tanya saya pelik.
"Bayaran untuk membasuh pakaian, memasak, mengemas rumah, melayan anak.. sebulan saya kira lebih RM1000."
"Itu belum lagi bayaran melayan suami," tambah saya mengiakannya.
"Ha, itu pun suami tak tahu mengenang budi. Sanggup dia menyakitkan isteri. Tidak pandai langsung berterima kasih. Bayangkan RM1000 sebulan, didarab dengan 20 tahun, 30 tahun..."
"Puan, sabarlah. Silap puan berfikir tu.." perlahan saya seakan memujuk.
"Mengapa?"
"Kalau puan mula berfikir begitu, status seorang isteri akan jatuh. Daripada seorang isteri menjadi babu atau orang gaji atau lebih buruk lagi er, er.... seorang pelacur"
Dia termenung.
"Hanya babu atau orang gaji sahaja yang dibayar gaji untuk khidmat mereka. Mereka berbuat demikian hanya untuk mendapat ganjaran. Tetapi seorang isteri melaksanakan itu semua bukan kerana wang tetapi kerana kasih sayang, cinta dan kemesraan."
"Tapi saya marah"
"Itulah ujian pada keikhlasan kita. Itulah praktik 'cinta tanpa syarat' dalam sebuah rumah tangga. Seorang ibu tidak akan tergamak minta upah untuk menyusukan ankanya sendiri. Seorang isteri tidak akan tega menuntut ganjaran melayan suaminya. Semuanya dibuat dengan kasih sayang."
"Tetapi saya tidak gembira. Saya terseksa!"
"Terseksa dengan perkahwinan?"
Dia mengangguk.
"Sebab puan sudah tidak gembira lagi ketika memberi."
"Sebab saya tidak dihargai. Ini yang paling malang."
"Tidak dihargai bukan yang paling malang. Yang paling malang ialah bila kita tidak menghargai."
Dia terkejut. Mimik wajahnya seakan minta penjelasan.
"Punca kita tidak dihargai ialah bila kita tidak menghargai!"
"Hargailah apa yang ada. Laksanakanlah tanggungjawab dengan kasih sayang, walaupun ketika terasa tidak disayangi. Membuat kebaikan akan menjadikan kita gembira dengan syarat kita melakukannya dengan kasih sayang."
"Walaupun suami tidak menyayangi kita lagi?"
"Puan pasti? Apa pun buatlah dengan keikhlasan. Memberi bukan untuk menerima sekalipun kasih sayang suami. Itulah jangan sampai mengubah kita. Tetapi usahakanlah agar perubahan kita yang akan merubahnya," jelas saya agak panjang.
Dalam hati saya berdoa, semoga dia, saya dan kita semua membina rumah tangga dengan keikhlasan, ertinya memberi kerana Allah. Saya teringat kata Aid al-Qarni dalam bukunya La Tahzan:
"Orang yang pertama mendapat manfaat daripada satu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Jadi bila anda dukacita, carilah orang lain dan gembirakanlah mereka. Nanti hati anda juga akan turut gembira."
Ya, tangan yang menghulur bunga mawar, pasti akan berbau harum. Begitu maksud peribahasa Cina. Jika inilah pegangan kita, kita tidak akan bimbang jika tidak dihargai (oleh manusia), tetapi hanya akan bimbang bila benar-benar kita sudah tidak berharga (di sisi Allah!). Dan ketika itu perkahwinan kita tidak akan sekali-kali hilang rencah dan rempah "seronoknya"! -- petikan dari Buku Nota Hati Seorang Lelaki.