Tuesday, March 16, 2010

terima kasih doktor..

Bismillahi ya Rahman ya Rahim :)

mari sini.. ummi nak kenalkan pada jannah salah sorang yang banyak membantu ummi mengharungi satu episod yang mencabar dalam diari kehidupan ummi..


Dr. Siti Mariam, pakar sakit puan, Salam Medical Centre, Shah Alam..
masa ambil gambar ni, jannah 8 bulan dalam kandungan...


"Saya tak boleh tunggu.. lagi lama saya tunggu, lagi besar risiko awak nanti.. lagipun ini anak sulung.. kalau anak yang kedua ketiga, saya tak kisah tunggu lagi sampai ada tanda-tanda nak deliver" Dr. Siti menasihati ummi untuk ummi di induce.. sebab dah lepas dari tarikh due dan jannah dah terlebih kilogram...

"Macam ni lah doktor.. bagi kami lagi dua hari.. kami akan datang balik untuk prosedur yang doktor cadangkan kalau masa yang kami minta ini masih tidak ada tanda-tanda isteri saya akan bersalin" ayah meyakinkan Dr. Siti..

"Ok boleh.. saya cuma nak isteri awak mudah bersalin.. kebanyakkan kes yang saya hadapi, bila situasi ini berlaku patient pasti akan dioperate.. saya pun tanak bedah isteri awak sebab saya tau dia boleh deliver normal walaupun induce.. unless there's a problem with the baby.. then we dont have a choice"

dengan keputusan yang ummi dan ayah ambil dan doktor yang tak mahu langsung operate ummi, akhirnya jannah dilahirkan secara normal tanpa di induce pun.. 

ha tengok doktor.. nasib baik ayah minta lagi dua hari.. lepas jannah lahir, Dr. Siti senyum je.. dia gembira ummi dapat melahirkan normal dan memudahkan kerja dia.. terima kasih doktor ;) but most of all, thank you ya Rabb di atas susunan kisah yang sempurna ini :)




No comments: