Bismillahi ya rahman ya rahim :)
jam menunjukkan jam 10 malam..
ummi : abang tak balik lagi?
ayah : belum lagi.. tengah nak siapkan keje sikit lagi..
ummi : abang nak balik pukul berapa?
ayah : abang macam nak balik lambat sikit.. banyak lagi kerja nak disiapkan..
bila ummi terjaga dari tidur, jam menunjukkan pukul 11.00 malam.. amati suasana di luar bilik, sunyi.. hmm tak balik lagi..
ummi terjaga balik dan jam menunjukkan pukul 12.00 malam.. lagi sekali ummi cuba cari tanda-tanda kelibat ayah di luar bilik.. bunyi orang basuh tangan.. ha dah balik.. alhamdulillah..
begitulah setiap kali apabila ummi menunggu-nunggu ayah balik dari kerja.. tidur tak pernah lena.. terjaga risaukan ayah yang tak balik-balik lagi.. kerjanya akan mengambil lebihan masa setiap hari.. dan selalu akan dibawa hingga ke hari minggu.. sebagai seorang isteri tentu sahaja ummi risau.. dan sebagai seorang ummi, risau dan takut andai malam-malam begini terjadi apa-apa pada jannah dan ummi memandangkan tiada seorang lelaki yang ada di rumah untuk menjaga kami berdua.. Allah sahaja tempat ummi berlindung bila situasi seperti ini terjadi..
"cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepada Nya segala urusan kami" - Ali Imran : 173
lambakan kerja..
sekarang ni ummi sedang membaca satu buku yang bertajuk "Persembahan Cinta Isteri Hasan Al Banna".. ia mengisahkan tentang Lathifah Husain Ash Shuuli, seorang isteri kepada pendakwah tersohor Imam Syahid Hasan Al Banna yang menjadi 'selalu ada perempuan hebat, di belakang laki-laki hebat'..
petikan dari buku tersebut...
Hasan Al Banna memang mendapatkan takdirnya berjodoh dengan seorang isteri yang memang mampu hampir sepenuh masa membantu tugas-tugasnya di dalam rumah. Hasan Al Banna seorang suami yang memiliki perhatian dan sikap istimewa terhadap keluarganya namun beban dakwah yang dipikulnya jelas sangat menghajatkan seorang isteri yang bukan hanya mampu meneduhkan jiwanya menenangkan perasaannya membahagiakan hatinya tatkala dia di rumah, tetapi juga yakin dan percaya kepada si isteri soal perawatan dan pendidikan anak-anak di rumah. Ini terbukti bila kita melihat bagaimana keadaan anak-anaknya saat mereka dewasa.
Kesibukan dakwah Hasan Al Banna yang tinggi, tidak mungkin boleh berjalan dengan baik tatkala isteri pun turut keluar rumah untuk terjun dalam kesibukan serupa. Dia seorang ratu rumah tangga yang memang bertugas menciptakan rumah yang menenangkan bagi suami yang sibuk dengan kegiatan dakwahnya. Betapapun melaksanakannya jelas bukan hal mudah. Pengabdian dan cinta isteri Hasan Al Banna kepada suaminya terbukti ketika dia berulangkali melalui saat-saat harus mengurus anak-anaknya tanpa didampingi suami dalam keadaan yang kritikal. Ketika dia harus menghadapi musibah kematian si anak tanpa kehadiran suami di sampingnya. Ketika dia harus merawat putera sulungnya, Saiful Islam juga tanpa keberadaan suami disisi. Ketika dia harus melahirkan anaknya yang terakhir hanya beberapa saat setelah suami yang tercinta pergi buat selama-lamanya. Dan banyak peristiwa berat lagi yang dilalui oleh isteri Hasan Al Banna selama mengiringi jejak langkah suaminya.
pada ummi, beliau hebat.. sungguh hebat.. mampukah ummi menjadi sehebat itu.. kadang-kadang ketidakberadaan ayah di sisi ummi kerana lambakan kerja ayah (dakwah) yang menggunung itu membuatkan ummi tarik muka masam.. mengeluh.. mampukah ummi? tentu sahaja susah.. tapi kini alhamdulillah, ummi cuba sebaik mungkin untuk seratus peratus faham akan situasi kerja ayah.. buku ini akan ummi jadikan pendorong untuk jadi yang terbaik.. isteri yang terbaik.. di sini untuk di 'sana'.. insyallah..