Thursday, September 23, 2010

Berjalan Raya..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Jom Raya lagi!!

bila sebut Raya, Ummi percaya semua akan ingat tentang ziarah saudara mara.. orang jawa sebut 'ngelincer'.. sama juga lah dengan Ummi.. keluarga Ummi di Meru dan keluarga ayah di Jalan Kebun akan melakukan perkara yang sama setiap kali Syawal tiba.. dan ini menyebabkan Ummi beraya cukup sebulan sebab ramai saudara mara dan sahabat handai yang nak kena ziarah..


lokasi : rumah nenek Jannah di Jalan Kebun


lokasi : rumah makcik sebelah Ummi di Jalan Paip, Meru


lokasi : rumah nenek sebelah Ayah di Jalan Kebun


lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Sg. Udang, Klang



lokasi : rumah atok saudara sebelah Ayah di Kg. Delek, Klang



lokasi: rumah pakcik sebelah Ayah di Putrajaya



lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Bandar Putera, Klang



lokasi : rumah makcik sebelah Ummi di Bandar Kinrara, Puchong



lokasi : rumah makcik sebelah Ayah di Skudai, Johor
... ini ziarah yang paling jauh Ummi sekeluarga pergi..



lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Telok Gong, Klang


gambar-gambar yang terakam di atas adalah sebahagian sahaja.. sebenarnya raya kali ini Ummi kira ada 25 buah rumah yang telah dikunjungi.. kebanyakannya di sekitar Meru, Jalan Kebun, Klang dan KL.. semua adalah saudara mara dan kaum kerabat Ummi dan Ayah.. insyaAllah Ummi akan terus kekalkan tradisi ini bermula dengan Jannah sehingga ke cucu cicit Ummi kelak.. kerana kelebihan ziarah ini kita dapat merapatkan silaturahim sekaligus mengekalkan rasa kesaudaraan.. Ummi taknak anak-anak Ummi hilang trace keturunan sendiri yang makin lama makin bertambah dan beranak pinak.. insyaAllah akan dikekalkan dari tahun ke tahun..   

Raya Ummi, Ayah dan Jannah..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Jom Raya!!...

masih dalam mood raya?.. Raya kan sebulan, so, sebulan jugaklah ummi ber 'mode' raya ye :).. harap semua juga begitu.. tapi jangan lah sakan sangat.. jangan lupa puasa sunat 6 di bulan Syawal.. supaya kita terus merasakan mood Ramadhan itu.. bagi ummi, puasa sunat 6 adalah sequel dari puasa di bulan Ramadhan supaya kita terus tawadhuk beribadah di bumiNya.. kita akan jadi lebih bersederhana sebagai seorang hamba.. tidak berlebih lebihan dari segi makanan terutamanya.. ye la.. kan raya.. habis puasa makan lah kan.. bagi yang mementingkan berat badan, berat yang dah turun bulan puasa hari tu confirm masih maintain kalau diamalkan berpuasa sunat.. perut pun selesa sebab tak disumbat dengan macam-macam makanan.. so, berpuasalah semua di bulan Syawal :)

actually, ummi nak cerita benda lain.. ummi nak cerita tentang raya ummi, ayah dan jannah :)


theme colour tahun ni..


raya pertama di Meru..


jannah  berbaju kurung.. perasan tak rambut dia tu.. janji nak potong waktu raya kan.. settle dah..



ayah dan jannah...


akhir kata, Selamat Hari Raya semua!!


p/s : more photos will upload in facebook.. insyaallah...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya semua :)

Bismillahi ya rahman ya rahim :)



Ummi..


Ayah..


dan....


Jannah

nak
ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog ummujannah ni.. have a pleasant Hari Raya.. jemput datang ke rumah.. nak datang inform dulu ok sebab kitorang tak lekat sangat kat rumah time Raya nanti insyaAllah..

semoga

Syawal kali ini membawa barakah dan rahmah kepada semua.. amin..

shopping raya jannah :)

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ni nak cerita pasal jannah lagi ni.. kalau korang nak tau, ummi dah kurus dah tau..

kawan-kawan ummi : kenapa kau kurus sangat dasuma? diet ke.. kurus sangat ni...
ummi : *berbunga* anak aku aktif sangat.. tu yang aku jadi camni..

hehehe.. ummi salahkan jannah pulak kan.. tapi betul apa.. meh tengok ni...








ini jannah dekat Carrefour Kota Kemuning


mula-mula dia sopan duduk dalam troli


lepas tu dia mulakan kerja dia









kenapa boleh jadi shopping raya jannah je? sebab dia yang paling rileks sekali time shopping tu.. ummi dan ayah penat kejar-kejar dengan dia dalam mall tu.. makin kurus ummi tau.. barang-barang ummi dan ayah beli dengan keadaan yang rushing.. nak settle cepat sebab dah penat..

Alhamdulillah jannah aktif.. bila dia mula tak sihat, tak nampak dah dia jadi seligat ni.. nangis je.. makan pun tak mahu.. so, ummi suka :) syukran ya Rabb..

Ramadhan yang terakhir..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) 30 Ramadhan 1431H...

hari ni Ramadhan yang terakhir.. baru ummi terasa nak update blog.. since esok diumumkan 1 Syawal which is Raya!, jalan nak ke office teramat lengang.. sepatutnya dari sejam ummi sampai office, hari ni 30 minit sampai.. oh lupa, ye ummi masih bekerja :) korang dah cuti dah kan.. takpe takpe.. lepas raya ummi cuti lama.. seminggu tau.. ha amek kau..

pernah tak tanya, macam mana Ramadhan aku tahun ni?.. pagi tadi on the way ke office, ummi cuba tanya diri sendiri macam mana Ramadhan ummi.. spontan ummi jawab, FAIL.. hmm entahlah.. ummi tak rasa puas hati dengan tahap pencapaian ummi untuk Ramadhan kali ini.. setiap tahun cuba perbaiki tapi sentiasa ada yang kurang.. bukan sebab kekerapan mengerjakan terawih atau berpuasa penuh.. ia lebih mendalam.. nak cerita kat sini susah.. ummi tak pandai nak mengolah ayat bagi semua faham apa yang mendalam itu.. boleh teroka sendiri dengan 'Muhasabah Diri'.. cubalah.. korang akan nampak apa yang 'dalam' itu sebab ia adalah secebis hidayah dari Nya.. untuk kita sentiasa berada di landasan yang benar..

salah satu cara bermuhasabah adalah dengan bersendirian selepas solat.. berteleku di atas sejadah dengan wudhuk yang masih ada.. rewind perjalanan hidup korang.. ada tak yang tak kena.. dari situ korang akan nampak.. cubalah.. tak ambil masa yang lama pun.. bila tiba-tiba air mata bercucuran, itu tandanya korang sedang bermuhasabah diri.. menyucikan diri dari dosa-dosa yang tak pernah bersih dari dalam diri.. check hubungan kita dengan mak ayah, suami, anak dan orang-orang disekeliling kita.. satu yang ummi dapat dari seorang colleague.. dia cakap, dalam hidup kita, kalau kita ada seorang musuh bermakna kita dah gagal hidup.. hubungan manusia itu adalah salah satu yang 'mendalam' itu tadi..

oleh itu, bagi kawan-kawan yang rajin baca blog ummi ini, ummi nak MOHON MAAF andai ummi ada tersalah kata, tersinggung dengan tulisan ummi, terkutuk dalam blog ni, ummi minta maaf ye.. ummi tak sengaja.. minta maaf sangat.. Selamat Hari Raya :))