Bismillahi ya rahman ya rahim :) 30 Ramadhan 1431H...
hari ni Ramadhan yang terakhir.. baru ummi terasa nak update blog.. since esok diumumkan 1 Syawal which is Raya!, jalan nak ke office teramat lengang.. sepatutnya dari sejam ummi sampai office, hari ni 30 minit sampai.. oh lupa, ye ummi masih bekerja :) korang dah cuti dah kan.. takpe takpe.. lepas raya ummi cuti lama.. seminggu tau.. ha amek kau..
pernah tak tanya, macam mana Ramadhan aku tahun ni?.. pagi tadi on the way ke office, ummi cuba tanya diri sendiri macam mana Ramadhan ummi.. spontan ummi jawab, FAIL.. hmm entahlah.. ummi tak rasa puas hati dengan tahap pencapaian ummi untuk Ramadhan kali ini.. setiap tahun cuba perbaiki tapi sentiasa ada yang kurang.. bukan sebab kekerapan mengerjakan terawih atau berpuasa penuh.. ia lebih mendalam.. nak cerita kat sini susah.. ummi tak pandai nak mengolah ayat bagi semua faham apa yang mendalam itu.. boleh teroka sendiri dengan 'Muhasabah Diri'.. cubalah.. korang akan nampak apa yang 'dalam' itu sebab ia adalah secebis hidayah dari Nya.. untuk kita sentiasa berada di landasan yang benar..
salah satu cara bermuhasabah adalah dengan bersendirian selepas solat.. berteleku di atas sejadah dengan wudhuk yang masih ada.. rewind perjalanan hidup korang.. ada tak yang tak kena.. dari situ korang akan nampak.. cubalah.. tak ambil masa yang lama pun.. bila tiba-tiba air mata bercucuran, itu tandanya korang sedang bermuhasabah diri.. menyucikan diri dari dosa-dosa yang tak pernah bersih dari dalam diri.. check hubungan kita dengan mak ayah, suami, anak dan orang-orang disekeliling kita.. satu yang ummi dapat dari seorang colleague.. dia cakap, dalam hidup kita, kalau kita ada seorang musuh bermakna kita dah gagal hidup.. hubungan manusia itu adalah salah satu yang 'mendalam' itu tadi..
oleh itu, bagi kawan-kawan yang rajin baca blog ummi ini, ummi nak MOHON MAAF andai ummi ada tersalah kata, tersinggung dengan tulisan ummi, terkutuk dalam blog ni, ummi minta maaf ye.. ummi tak sengaja.. minta maaf sangat.. Selamat Hari Raya :))
No comments:
Post a Comment