Thursday, June 3, 2010

Lelaki adalah IMAM

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ummi sedang membaca buku "Bercinta Sampai ke Syurga" karangan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil ... buku ini adalah sequel dari buku best-seller nya "Aku Terima Nikahnya".. alhamdulillah ummi dah baca buku itu..

sedang membaca dari satu tajuk ke satu tajuk, terberhenti ummi pada tajuk yang satu ini.. iaitu.. "Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya".. terus ingatan ummi kepada ayah..

artikel ni menceritakan suami itu sebagai Imam dalam sebuah keluarga.. isteri dan anak-anak adalah makmumnya.. dikaitkan di dalam artikel ini dengan seorang Imam yang memimpin sebuah solat.. dimana makmum akan mengikut setiap gerak geri sang Imam ketika rukuk, sujud dan sebagainya.. apabila salah rukun solat Imam itu, maka salah juga la makmum.. tetapi di dalam solat, makmum boleh menegur Imam sama juga lah hal nya di dalam sebuah rumahtangga.. isteri boleh menegur suami andai ada perbuatan yang salah dalam memimpin keluarga itu..

satu yang ummi tertarik pada perenggan artikel yang Ustaz tulis iaitu berkenaan "berhubung" di dalam solat antara Imam dan Makmum.. sekaligus ia menerangkan soal "berhubung" di dalam sebuah keluarga dan rumahtangga.. apabila berada di dalam solat, Imam akan sentiasa berhubung dengan makmum dalam pembacaannya untuk makmum hayati dan perbuatannya dalam solat untuk diikuti.. di dalam rumahtangga pula, "berhubung" itu berlaku antara isteri dan anak yang lebih kurang sama dengan yang berlaku ketika Imam memimpin solat.. tetapi ianya lebih 'deep' dari hanya mengikut ia secara fizikal.. oleh itu, Ustaz letak bersama sebuah puisi dari buku "Chicken Soup For The Teenage Soul"..

“If I had My Child to Raise Over Again”

By Diane Lemons
(From Chicken Soup for the Soul)
If I had my child to raise all over again :

I’d build self-esteem first, and the house later.
I’d finger-paint more, and point the finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I’d take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I’d take more hikes and fly more kites.
I’d stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields & gaze at more stars

"I would do less correcting and more connecting".. ayat ini mestilah direnungi secara serius oleh setiap bapa dan suami. Selalu benar seorang suami itu cenderung kepada correcting terhadap kesalahan isterinya sedangkan hak isteri untuk ‘dihubungi’ oleh suaminya tidak dipenuhi. Kita bersama tetapi terpisah, kita dekat tetapi jauh, kita sebumbung tetapi seorang di suatu lembah manakala seorang lagi di lembah yang lain. Sukar sekali di dalam masyarakat Melayu kita yang less expressive untuk membuka hati dan mulutnya, membina hubungan dengan isteri yang mahu didengari dan ‘dihubungi’. Budaya ‘man-to-man’, ‘heart-to-heart’ dan lain-lain bentuk komunikasi amat asing dari masyarakat kita kerana kita cenderung memendam, berdendam dan akhirnya amuk dan binasa.

Lebih parah adalah sikap bapa yang tidak berhubung dengan anak-anak. Kita mengambil falsafah burung membesarkan anak-anak kita yang manusia. Kita bina sarang di dahan yang tinggi untuk keselamatan, kita keluar awal pagi untuk mencari rezeki dan kemudian pulang ke rumah dengan rezeki untuk disuap ke mulut anak-anak yang menjerit-menjerit seperti anak burung itu tadi.


Namun, perlulah diinsafi bahawa anak-anak kita menjerit bukan semata-mata kerana perut yang lapar dan fizikal yang berhajat, namun jiwa mereka turut kelaparan. Mereka mahu ‘dihubungi’. Mereka mahu didengari, mereka mahu rasa ‘dekat’ dengan bapa mereka. Lihat sahaja perilaku Rasulullah SAW yang membelai rambut anak cucunya, mencium mereka, berhenti berceramah untuk memeluk Hasan serta Husain, sujud lama kerana membiarkan Husain yang sedang menunggang Baginda dan pelbagai contoh Baginda membina body contact. - keratan artikel dari buku "Bercinta Sampai Ke Syurga"

ya Rasulullah, susah sungguh kami ingin mengikuti cara mu itu dek kerana iman yang seperti pasir pantai di tangan.. penuh seketika di tangan dan hanya meninggalkan debu setelah ia habis luluh ke bumi.. sukar.. tapi akan kami usahakan.. mujahadah diri..

ayah, ummi tahu ayah baca ini.. semoga bermanfaat ye Imam :)

No comments: