Tuesday, June 8, 2010

percutian : family day zakat selangor

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

Event : Hari Keluarga Lembaga Zakat Selangor, 2010
Tarikh : 29 & 30 Mei 2010
Tempat : Tiara Beach Resort, Negeri Sembilan

ok.. butir-butir di atas itu untuk maklumat jannah bila dia dah besar nanti dan membaca blog ummi ni ye..

ini adalah pertama kali ummi dan ayah join family day anjuran zakat selangor.. sebelum ni ada.. tapi tak pasti kenapa ummi dan ayah tak pergi.. ok abaikan kisah dulu.. nak cerita yang sekarang ni..



pendaftaran.. daftar dulu.. 50 orang terawal yang sampai dapat hadiah misteri.. kitorang orang yang ke-53.. tak dapat la yang misteri sangat tu.. dapat hadiah lain.. ok la kan.. dapat jugak..



ini baju untuk hari keluarga hari tu.. hari keluarga sebelum ni ada juga baju.. tapi baju kali ni macam tak berkenan sikit.. mungkin sebab colour die kot... haihh...


ummi, jannah dan ayah.. posisi yang selalu terjadi apabila bergambar bersama :)



ha nampak tak.. nampak.. ini yang ummi kurang berkenan ni.. ummi, ini bukan cerita pasal politik.. sila teruskan niat anda untuk bercerita tentang family day zakat..
ohhh ok ok.. ni adalah salah satu aktiviti yang berlangsung.. sukaneka.. ummi confirm la tak join mana mana games.. jannah pun merewang kesana kemari kan.. so faham faham je la ye..



aktiviti petang itu.. mandi kolam.. kami tengok je dari tepi.. pandai dah jannah ni.. dia tau tu tempat bersuka ria, mandi manda.. mesti dia tau itu air kan.. pastu tengok-tengok orang kat dalam air tu.. tapi tak boleh.. tengok dari tepi je ye sayang..


spotlight.. cahaya dari khemah tempat dinner kitorang malam tu.. tak banyak gambar sebab jannah berkelakuan seperti biasa apabila rimas dengan keadaan yang panas dan sesak.. gambar ni pun diambil masa nak balik ke bilik hotel..



aktiviti pagi itu lepas sarapan pagi.. mandi kolam lagi.. jannah, tengok dari tepi je.. tak boleh mandi.. macam macam kuman dalam kolam tu..



tengok tu.. kesian kan.. tak dapat mandi kolam.. tengok je..



ok dah nak balik masa ni.. lama tunggu ayah return kunci kat reception.. ni lah jadinya..



receptionist : selamat pulang.. sila datang lagi ye.. 


selesai sudah.. ummi di ajar untuk mencari ibrah pengajaran dari percutian kali ini.. pandang dan fikir.. ummi dapati kaum wanita hari ini sudah menipis rasa malu itu.. terutamanya wanita yang bergelar isteri.. ummi hairan.. mustahil si suami jahil tentang aurat bila dilihat isteri itu mengenakan tudung di kepala.. tetapi ada sahaja kurang disana sini.. seperti lengan terdedah dengan t-shirt berlengan pendek.. ada juga isteri sudah cantik bertudung, berlengan panjang dan berseluar track tetapi.. keluar dari kolam renang, susuk badan yang hanya dilihat oleh suami terdedah dek baju dan seluar yang basah melekat pada badan.. *mengeluh*.. memang betul kolam itu boleh digunakan untuk semua lelaki dan wanita . tetapi alangkah molek andai kolam itu ditempat yang tertutup dan hanya dikunjungi oleh para muslimah.. diasingkan dari muslimin..


ummi bersyukur kerana mempunyai suami yang begitu menjaga perihal pakaian dan aurat ummi.. selalu sahaja ditegur kalau ada yang tidak menepati ciri itu.. bukan bermakna ummi tiada kebebasan untuk bersuka ria, bermandi manda tetapi perlulah dilihat keadaan sekeliling itu dulu..

Daripada Ibn ‘Abbas r.a. telah berkata, bahawa Nabi s.a.w. telah bersabda:

"Aku telah melihat neraka, kebanyakkan penghuninya adalah wanita. Sahabat bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab "Kerana kekufuran mereka." Baginda ditanya, "Apakah mereka kufur terhadap Allah?" Baginda bersabda "Mereka kufur terhadap suami dan mengingkari kebaikan. Jika engkau berbuat baik kepada salah seorang dari mereka sepanjang masa. Kemudian dia menemukan sesuatu yang dia benci pada dirimu, maka dia akan berkata " Aku sama sekali tidak pernah melihat kebaikkan pada dirimu."

semoga zuriat dan keturunan ummi terpelihara dari fenomena yang luas melanda ini.. insyaallah...

No comments: