Monday, June 7, 2010

view dari tingkat 37..

Bismillahi ya rahman ya rahim :)


tarikh : 4 Jun 2010
masa : 2.00 petang
tempat : kedutaan US

semua orang dah tahu akan kekejaman tentera zionis melayan penduduk Negara Palestin.. terbaru, semua orang dah tahu betapa biadapnya tentera zionis menyerang Flotila Kebebasan dan kapal Mavi Marmara.. susulan dari tindakan kurang ajar si laknatullah ini, seluruh dunia mengecam Israel.. dan Malaysia tidak ketinggalan menyuarakan kegeraman dan bangkangan mereka terhadap isu ini..

kelas Fardhu Ain ummi setiap jumaat tengahari itu, ustazah minta start awal dan habis awal.. kerana ustazah dengan NGOnya iaitu Aqsa Sharif akan bersama menyertai perarakan demonstrasi itu.. ummi juga tergerak untuk sama-sama menyertainya.. sungguh ummi cakap.. kalau ummi tak kerja hari tu, mungkin saja ummi akan bersama dengan rakan ummi, mimi dalam perarakan..

ummi tahu ramai dikalangan rakan-rakan ummi ambil tidak kisah akan hal ini.. ummi pun tak faham kenapa.. seperti tiada perasaan kesian pada penduduk Palestin malah untuk mengambil tahu akan hal Mavi Marmara ini sesuatu yang 'tiada apa-apa'.. mana perasaan kemanusiaan itu? hilang.. disebalik tipu daya dunia ini.. boikot yang panas dilaungkan satu masa dulu, dah jadi sejuk beku untuk diperjuangkan..

betul kata-kata ini "kalau tak beli barang tu, nanti orang yang kerja dalam premis tu tak dapat gaji".. ummi tak nafikan yang pernyataan ini betul.. tetapi bila di 'godek' balik, terasa ada yang tak kena di situ.. kalau kita tidak membeli di premis itu, dia boleh hidup kemiskinan ke?.. bagaimana pula sebaliknya, dia boleh jadi kaya raya ke?.. ada siapa boleh pastikan itu berlaku?... ummi akan jawab, ada.. Allah akan pastikan samada dia akan jatuh miskin atau kaya raya dengan pekerjaan itu.. kesimpulannya, rezeki Allah itu luas.. kerana Allah Maha Luas dan Maha Kaya.. Dia juga yang Razzaq.. boleh saja orang tu mencari rezeki di premis lain yang bukan milik si laknatullah itu.. tepuk dada, tanya iman.. iman itu adalah kuncinya.. sebaliknya nafsu lah yang menyatakan kata-kata seperti itu...

entahlah.. ummi rasa ummi perlu nukilkan sesuatu tentang Palestin di blog ummi.. tidak mengapa andai ia tidak mendapat tempat di hati rakan-rakan dan kerabat ummi.. tetapi ummi berharap zuriat dan keturunan ummi akan memandang dan mengambil hal ini sebagai sebahagian dari hidup mereka.. bagi ummi mereka yang ada disisi ummi sekarang sudah amat tepu untuk di liuk lentukkan pemikiran mereka memandang serius hal ini.. jadinya, jannah yang bakal mencecah umur setahun itu, akan menjadikan ia satu perjuangan untuk generasi dia sehingga termusnahnya yahudi di muka bumi Allah ini.. insyaAllah, ummi akan usahakan..

pagi tadi, sms dihantar kepada Aman Palestine untuk sokongan menentang si laknatullah :

GAZA I will always be with you. In my du'a and boycott towards Israeli's product. Ya Allah, Ya Salam, save the palestinians. Dont worry because He always be with you..

No comments: