Bismillahi ya rahman ya rahim :)
remember ummi's last entry? yes.. ummi pergi ke Sabah!.. alhamdulillah selamat pergi dan selamat balik.. selamat balik la kan.. kalau tak ummi tak tulis kat blog hari ni..
pertama kali.. semuanya pertama kali buat ummi untuk kisah kali ini... kisah yang ditakdirkan Allah untuk ummi.. pertama kali ummi tinggalkan jannah dan abu jannah, jauh dari rumah.. pertama kali ummi naik flight.. alhamdulillah merasa jugak.. pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.. pertama kali attend kursus dengan semua secretary yang berbumbungkan Tabung Haji.. baru ummi tahu, office ummi adalah antara office yang mempunyai bilangan secretary paling ramai.. kursus hari tu ada 50 orang secretary yang attend.. ada lagi yang tak datang hari tu..
kisah ummi tinggalkan jannah selama 4 hari tu berlalu dengan baik.. jannah tak meragam masa ummi takda.. abu jannah yang bertanggungjawab memikul tugas ummi semasa ummi ke Sabah.. sayanggggg abang :)
wajah yang ditinggalkan... hehehe... comel kan dua-dua :)
hari pertama jemaah kursus telah dibawa ke Kundasang.. tengok Gunung Kinabalu...
nampak tak yang cloudy tu.. puncak gunung ditutupi awan sebab dia tinggi sangat... subhanallah.. teramat indah :)
angin kat sana agak kuat.. gambar di atas menunjukkan sifat angin tersebut *wah ayat..*
trail yang dijejaki jemaah kursus semasa di Kundasang.. sambil tengok kehijauan makhluk Allah iaitu hutan :)
selepas lawatan ke Kundasang, ummi di bawa ke Pasar Philipine di KK.. hmm macam tu kot ejaan dia.. jangan tanya kenapa nama pasar tu Philipine.. ummi tak tahu.. yang ummi tahu, kat situ tempat shopping barangan kraf Sabah.. cantik-cantik.. harga dia? hmm... ok jugak kot.. tapi kawan ummi cakap di Semporna, barang yang serupa boleh jadi murah RM3, RM5 berbanding KK.. mungkin di situ barangan kraf dihasilkan.. agaknya lah...
di Pasar Philipine, bahagian jualan barangan kering.. tu semua ikan masin, udang kering, ikan bilis.. semua fresh in process...
selepas berjalan-jalan pada hari pertama di Sabah, bermula lah tujuan sebenar ummi ke sana iaitu KURSUS...
dalam kelas.. kerja berkumpulan..
Morning Glory.. nama group ummi..
petang-petang.. riadah..
nampak tak ummi kat mana? :)
kursus berstatus SELESAI... yeay! boleh balik!
ummi nak jumpa sama budak kecil ini :)
ooh dan juga yang besar ini :))
ada banyak lagi gambar.. insyaAllah akan diupload di facebook...