Tuesday, August 17, 2010

kamu yang bernama Salleh Gregor Samsa!

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Salam Ramadhan semua!

ummi terima email yang membuatkan mulut ummi laju meluncurkan kata-kata, "kurang ajar betul dia ni!".. nama dia Salleh Gregor Samsa.. nama di facebook jarang diambil bulat-bulat dari nama sebenar di i.c.. pada mulanya terasa marah.. tapi di akhirnya, ummi sangat kesian dekat dia.. kesian sangat..


*click picture for larger view

ummi rasa dia tak tahu tentang islam.. dia tak kenal Allah swt.. dia tak pernah baca al-quran, apatah lagi melihat dan membuka kitab itu.. dia buta, cacat, disable.. kesian..

yang ummi sedih dan lebih mengasihani beliau bila dia cakap..

"Are we praying for the right God?"

maknanya dah sah dia tak pernah mengenali Allah, Maha Pencipta.. yang mencipta empunya diri yang bertanya tu.. kesian lagi.. mesti ada faktor-faktor yang menyebabkan Salleh Gregor Samsa ni menjadi sedemikian rupa.. dia dilahirkan dalam keluarga islam berdasarkan i.c yang dinyatakan tercatat agama dan bangsa nya iaitu islam dan melayu.. tetapi.. itu bukan menggambarkan dia.. adakah didikan yang diterima dia dari kecil menyebabkan Salleh Gregor Samsa berfikiran begitu? atau dipengaruhi rakan sebaya kerana rakan-rakannya juga begitu.. hmm ramainya :(

ini yang perlu ummi fikir dalam-dalam, jauh-jauh untuk kepentingan zuriat dan keturunan ummi yang bakal mentadbir bumi Allah ini.. takut bila kenangkan macam mana anak kesayangan ummi, Jannah bakal duduk di dalam dunia yang terdapat orang-orang macam Salleh Gregor Samsa dan rakan-rakan.. selamatkah dia? kuatkah dia?.. risau..

oleh itu, didikan yang berakar dari ummi dan ayah lah yang akan menguatkan kebolehan Jannah untuk hidup atas bumi Allah masa kini.. ini serius.. jangan pandang ringan bab didikan anak-anak.. nasihat ummi pada kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga..

pernah dengar ini? untuk mendapat pasangan yang soleh dan solehah, jadikan diri mu terlebih dahulu soleh dan solehah.. ungkapan ini boleh digunapakai begini pula.. untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, jadikan dirimu ibu dan ayah terlebih dahulu yang soleh dan solehah.. cari lah yang soleh dan solehah di Ramadhan yang mulia ini.. insyaAllah.. niat yang baik, akan didengari Allah seterusnya di pandu ke arah yang baik juga.. mohonlah padaNya :)

andai yang akar itu kuat mencengkam pada dasarnya, insyaAllah pengaruh rakan-rakan dan yang lain juga dapat di atasi.. insyaAllah.. hanya doa yang dipanjatkan dan usaha dizahirkan untuk zuriat keturunan ummi menghadapi kisah yang berlaku pada Salleh Gregor Samsa (semoga kamu dikurniakan Allah hidayahNya..amin)




2 comments:

halina said...

nauzubillah..ish..ish...mane ko dpt tu d..aku search kat fb da tade dah..aku try bukak blog die pun da tade gak...
risau kan nak mendidik anak2 ni...salah sket je abis la.. semoga anak-anak kite dijauhkan la dengan perkara-perkara mcm tu..

Ummu Jannah said...

kawan aku email.. aku ade email gak kt ko.. tak dpt eh.. hmm tu lah.. kurang ajar kan statement die.. mmg risau kalu jd sendiri kt anak kite.. takut aku weh..