Bismillahi ya rahman ya rahim :) syukran ya Rabb.. kerana membenarkan hambaMu ini berada sekali lagi di bulan Rahmat Mu, Ramadhan...
selepas membaca blog kakak, saudara mara dan kawan-kawan ummi, baru ummi tersedar yang ummi tak tulis apa-apa tentang Ramadhan pun dalam blog ummi..
pagi tadi selesai solat subuh ummi terus siap-siap ke tempat kerja.. Ramadhan ni ummi masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.00 petang.. senang.. pergi awal dan balik awal.. jalan pun Alhamdulillah agak lengang berbanding bulan biasa.. sepanjang perjalanan ummi ke tempat kerja, ummi perhatikan kelainan pada langit ciptaan Allah.. indah sehinggakan pertama kali ummi memandang kepadanya, terpacul terus ucapan "Subhanallah.. cantiknya".. sebelum ni ada juga terpandang pemandangan matahari terbit bila bawa kereta ke office tapi perasaan itu lain berbanding hari ini.. bagi ummi, ini adalah hikmah Ramadhan itu sendiri... lidah dan hati diizinkan Allah sentiasa mengingatiNya.. terasa bulan ini penuh sungguh dengan barakah..
satu lagi yang ummi perasan pada bulan Ramadhan ini iaitu ujian yang menimpa agak terasa.. contohnya : beban kerja yang banyak.. ummi kena siapkan 140 kad hari raya untuk boss ummi.. dari kerja menaip alamat, print, gunting dan tampalkan ia pada sampul.. kemudian stamp perlu di lekatkan sehingga ke proses postage.. ia mengambil satu hari bekerja.. itupun kerja-kerja menampal stamp ummi sub kan pada rakan ummi.. kalau tak ia akan mengambil masa 2 hari.. terasa lenguh-lenguh badan.. itu adalah ujian yang ummi rasakan.. kalau sebelum ni, mahu sahaja mulut ni mengungkapkan kata-kata rungutan :).. lihat.. lagi satu keindahan bulan Ramadhan.. ia mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba yang sentiasa diberi ujian, bebanan.. ikhlaskan hati menghadapinya..
pada Ramadhan ini juga, ummi diserikan dengan berita-berita kematian.. setiap hari.. ummi perasan yang ini.. kalau tidak melalui corong speaker di pejabat, ada didengar dari masjid-masjid atau dari saudara mara dan jiran-jiran.. setiap hari ada kematian.. terfikir ummi, mereka yang 'pergi' ini tidak berjumpa lagi dengan Ramadhan.. ummi bila? awak bila?.. terasa hiba bila memikirkan tentang ini.. astaghfirullah.. bila Ramadhanku yang terakhir, ya Allah..
untuk hari ke 6 Ramadhan ini, ummi ingin mengucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menjengah blog ummi Selamat Menyambut Ramadhan Kareem.. semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna.. lihat kembali hari-hari anda di bulan Ramadhan ini.. ada tak kebetulan yang sama yang dirasai ummi seperti di atas.. kalau ada, muhasabahlah.. manfaatkan ia.. penuhkan dengan zikir keampunan.. kerana kita adalah hamba yang tidak lari dari dosa.. dan Ramadhan adalah tempatnya memohon keampunan dengan lebih bermakna.. Dia terlalu suka mengampunkan kita.. kerana Dia adalah ya Ghaffur, ya Rahman, ya Rahim.. maka rebutlah sepenuh peluang ini di bulan yang sekali ini sahaja kunjungannya.. kerana ini mungkin Ramadhan mu yang terakhir.. muhasabahlah sahabat :)
No comments:
Post a Comment