Monday, November 30, 2009

the first test from being a mother ;)

jannah tak sihat.. it starts on wednesday.. dia dah start batuk-batuk.. selesema takda lagi.. ummi jangkakan insyaAllah esok atau lusa sihat balik sebab sebelum ni jannah pernah kena selsema tapi dalam sehari dua dah baik.. tak lama pun.. but this time, her illness is different.. way different.. betul-betul ujian buat ummi, ayah dan jannah.. ummi pun amik cuti hari tu.. ummi taknak jannah duduk rumah nenek sebab makcik dia pun ada yang kena batuk selsema.. mungkin jannah dapat dari situ.. hmm.. insya Allah...

the next day, ummi have to go to work sebab ada kerja yang ummi perlu selesaikan.. batuk dan selsema jannah makin menjadi.. ummi balik awal sebab nak ambil jannah dari rumah nenek.. ummi kalau boleh taknak susahkan nenek jaga jannah yang tengah tak sihat..

Alhamdulillah jannah nampak macam ok.. but nope.. she still ill.. even worse.. on Friday ummi, ayah dan jannah balik meru.. nak raya korban kat meru.. jannah's condition getting worse.. tetapi ummi dan ayah kalau boleh tak nak bagi jannah any drugs meaning medicine.. no for her.. since she's only 5months plus.. ummi decided to let the cough and flu get rid normally.. what ummi do is to give her more jus tok guru than usuall.. with habbatus sauda in it, ummi yakin dengan hadis dan ayat al-quran berkenaannya..

batuk dan selsema jannah masih tak baik until today.. which is malam tadi her flu is getting fluless (ada ke perkataan ni..hehe) cuma batuk je masih tak reda.. tak nampak lagi hingus meleleh atau jannah bersin.. not like yesterday and the other day.. jannah asyik batuk dan bersin.. hingus meleleh dan kadang-kadang muntah sebab kahak tu dia tak dapat telan.. tidur dan minum susu pun kurang.. susu selalu tak habis kalau ummi bancuh macam biasa.. poor jannah..

"Ya Rahman Ya Rahim.. Sesungguhnya Engkau menurunkan segala ujian buat hamba-hambaMu.. dan tiada satu pun ujian yang tidak dapat hambaMu tanggung.. aku yakin dengan ujian ini.. cuma berikanlah aku keteguhan dan ketabahan hati dalam melaluinya kerana aku hamba yang lemah, yang lalai.. hinalah aku andai aku mengeluh dengan ujianMu ini.. maka, bukakanlah pintu kekuatan dan kesabaran buatku.. Ya Rahman perkenankanlah"

teringat ummi pada atok dan opah yang mendidik dan membesarkan ummi dan adik beradik yang lain.. tabahnya mereka.. tentu sekali mereka telah melalui ujian sebegini.. kerisauan dan ketakutan apabila melihat anak kecil ini tidak sihat.. tentu sahaja sakit dada si anak apabila kerap batuk.. walhal kita yang dewasa ini merasa yang sama.. ini kan lagi anak sekecil itu.. Alhamdulillah ummi dapat merasa kerisauan dan ketakutan atok dan opah.. semakin ummi sayang dan cinta mereka ;) mungkin inilah hikmah disebalik ujian ini.. insyaAllah.. dan ummi yakin ada banyak lagi hikmah yang tersirat.. syukran ya Rabb :)

Tuesday, November 24, 2009

mood tak baik sebab.....


ha tu tengok tu.. mood jannah tak baik.. asik nanges je..

lepas dah amik jannah dari umah nenek, ummi pun baringkan jannah atas katil.. ummi cepat-cepat pegi mandi semua.. pastu dia start mood dia yang tak ok tu.. ummi bagi mainan, main kejap pastu dia dah campak dah.. pastu merengek.. bagi lagi mainan lain.. main lagi tapi tak lama.. nangis balik.. ummi pun bawak la baring depan tv.. bagi dia main baju handphone ummi.. ok dah senyap.. pastu nangis balik..


nangis......




nangisss....




dan nangis lagi...




nangis sambil tutup mulut.. ha nangis yang ni ummi suka.. sebab salu menangis macam buka mulut sambil melalak kan tapi ni nangis tak melalak cuma urmmmmm.. ha camtu lah..


so, ummi pun buat kesimpulan bahawa mood jannah tak baik disebabkan jannah nak tumbuh gigi.. mood dia tak baik ni hari khamis lepas (heheehe baru nak cerita hari ni kan..) hari jumaat baru ummi tau yang ummi jangkakan tu betul.. gigi jannah memang nak tumbuh.. dah ada dah pun gigi dia.. cuma tak naik je lagi.. baru kuar separuh.. ummi tak sempat lagi nak snap gambar gigi baru jannah yang Allah kurniakan tu.. sebab jannah tak bagi ummi ambik.. susah betul nak dapat.. siapa-siapa yang teringin nak tengok, moh datang rumah.. dapat la menengok gigi dua batang kat bawah yang belum habis keluar.. hehehe...

ini merupakan hari bersejarah buat jannah.. nak letak tarikh bagai ke... tak payah la ye.. buat biasa-biasa je lah.. lagipun akan jadi juga Hari Jannah Tumbuh Gigi dengan izin Allah.. Alhamdulillah...

anak dara ummi di pagi hari..

ummi suka masukkan gambar jannah banyak banyak dalam blog ummi ni.. insyaallah konsepnya sama dengan mama hanin di mana blog ni nanti akan menjadi rujukan buat jannah apabila besar kelak untuk tahu tentang perkembangannya semasa bayi sehinggalah jannah boleh membaca dan mungkin akan ada blog sendiri.. ini sebagai persediaan ummi untuk jannah mengenali ummi, ayah, atok, opah, nenek dan makcik pakciknya nanti.. insyaallah kalau jannah dikurniakan adik nanti, ummi akan buat perkara yang sama.. seandainya ummi diberi kudrat untuk melakukannya memandangkan ummi baru ada sorang.. so semua pun nampak teratur lagi.. ok ok.. ummi dah lari tajuk nih.. nak cite jannah bila celik je mata pagi-pagi ;)


ha ni la muka jannah baru bangun tido..



haihh ummi nih takda kerja lain ke nak buat.. pagi-pagi kerja ummi adalah jannah.. jadi jangan bising.. hehehe




lepas tu jannah makan selimut..



pandang kamera.. tapi dia takkan senyum.. tak macam ummi dan ayah yang akan otomatik mengeluarkan senyuman apabila berada di depan kamera walaupun kamera itu belum di "on" kan..



selimut ni bau lain macam lah ummi..




ha kan tak senyum tu..



meh.. jannah nak amik gambar ummi plak..


lepas dah boring, jannah pun nangis sebab ummi asik pegang kamera je.. tak main dengan jannah pun.. tak pun pampers sudah penuh.. ummi tak ambil gambar jannah nangis.. gambar nangis di lain entry.. yang ni entry muka masam jannah.. dah.. jom jom ummi tukar.. nanti kita amik gambar lagi ye..

Tuesday, November 17, 2009

tentang kamu..

ummi takda apa nak tulis hari ini.. memandangkan setiap hari dekat pejabat ummi sentiasa ingat kamu, maka entry ini ummi nak letak gambar kamu je.. jom kita tengok gambar ;)




ini adalah kamu ketika sangat comot.. hehehe..






ini pula ketika hidung jannah sangat menyerlah.. alahai dah besar nanti jangan marah ummi k.. marah ayah.. ayah yang snap gambar nih..






gambar ni ok kan jannah.. ok ok.. pegi sayang ayah....






baju gifted by acik lala.. dulu masa bagi jannah umur 2bulan sekarang dah boleh pakai dah...






gusi jannah yang tengah tak berapa nak ok...






gambar ni ummi confirm jannah suka bila tengok nanti.. bila jannah dah besar dan boleh menilai la..






yang ini sangat cantik ;).. kamu sangat c.o.m.e.l




sekian sahaja entry bergambar kali ini.. entry ini bertujuan untuk mak long dan mak ngah melepaskan kerinduan.. ok ok.. jannah dah tau dah.. mak long tak sabar nak balik kan.. dont worry.. insyaAllah jannah raya haji kat umah opah k.. so boleh lah jumpa.. insyaAllah....



Wednesday, November 11, 2009

jannah dan rakan-rakannya...

bila orang cakap entri bergambar bermakna entri itu banyakkkk gambar.. ummi baru tahu la jannah.. memandangkan ummi baru ada belog.. hehehe...

jannah, ini kawan-kawan kerja ummi.. gambar-gambar ni semua dekat rumah acik rahmah.. jannah masa ni umur 4bulan ok.. jom kita tengok... zzzaaasssss!





jannah, ni la dia mak angkat jannah.. nama dia ummi ashani..
*as, ok dah bagitau jannah dah*




mind the blurry photo sebab dicapture oleh non-photography-pro-at-all














ini pulak acik dayah..





jannah letih asyik kena dukung je.. eh eh.. peace itu sentiasa ter"appear" bila ada acik mimi kan... hehehe..


ok sekian sudah.. maklong, makngah.. sila lah lepaskan kerinduan terhadap gambar-gambar yang dipaparkan ini ye... jannah punya rambut sangat pendek sebab ayah jannah gunting ;))

Friday, November 6, 2009

on the road of kuala lumpur

ni keadaan jalan raya di kuala lumpur jam 7.00 pagi



dan ini keadaannya jam 5.00 petang..




ini lah yang selalu ummi hadapi setiap kali pergi dan balik kerja.. setiap hari.. cuba ulang semula.. setiap hari..  sabtu ahad cuti.. Alhamdulillah.... sampaikan.......

"ko tak penat ke ulang alik kerja macam ni" my courageous father in law said..

"dah biasa yah" dlm hati.. insyaAllah.. ayah pun suka kan saya kerja kat tabung haji.. jadinya takpe lah.. jem jem ni.. lame sket lg, blh jd kebal dengan jem kt KL..hehehe...

pada pandangan ummi, ini adalah ujian buat ummi yang selalu kurang sabar.. ya betul, ummi ni tak sabar orangnye.. kalau tak sabar, akan berlaku lah perkara yang tak diingini.. jadinya ummi diberi ujian seperti ini.... untuk melatih ummi menjadi yg sabar.. terima kasih kerana sering mengajar kepada ku untuk menjadi yang terbaik disisiMu.. Alhamdulillah ;')

happy birthday ummi..



ayah tak pernah tanya "ummi nak hadiah apa untuk hari jadi"
ayah tak pernah tanya "nak makan kat makan hari jadi nanti?"
ayah tak pernah bagi hint apa apa pun pasal hari jadi ummi..
sampai ummi terpikir "lupa agaknya ;("
ayah jannah is full of suprises.. in everything he do...

mula-mula ummi tak suka dengan sikap ayah yang satu ni.. tapi sekarang ummi bahagia dengan keistimewaan yang ayah miliki ;)..

sekarang ummi dah berada di atas bumi Allah selama 25 tahun.. dh suku abad rupanya ummi.. pada umur yang ke 25 ini, ummi terima sebuah hadiah yang sangat indah, yang sangat besar, yang sangat berat untuk ummi pegang, belek-belek, bawa tidur.. hadiah itu adalah jannah.. anak ummi dan ayah.. kamu adalah hadiah dr Allah yang ummi sangat sayang, sangat takut kalau hilang kalau rosak.. ummi akan jaga hadiah ni betul-betul insyaAllah.. hadiah ni ummi perlu ajar, didik untuk ia menjadi yang berguna pada agama, bangsa dan negaranya.. mencabar untuk mengajar dan mendidik hadiah kurniaan dari Nya.. semoga ummi diberi pertolongan juga dari Nya.. amin...

"semoga dengan umur yang Engkau beri, kebahagian yang masih dikurniai, keluarga yang ceria ini, sentiasa diredhai dan diberkati-Mu.. sesungguhnya hambaMu ini seorang yang lalai dan lupa akan segala nikmat yang Engkau berikan ini.. ampunilah daku.. janganlah Engkau biarkan aku jauh dari sisi Mu, ya Rabb"

"kurniakan lah kepadaku kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam mendidik dan membesarkan zuriat kurniaanMu agar dia menjadi hambaMu yang taat, yang menegakkan syariat Islam di muka Bumi Mu, yang menjunjung tinggi Al-Quran Mu dan yang berjihad di atas Jalan Mu..sesungguhnya Engkau lagi Maha Mengasihani dan Maha Mengetahui"

p/s: last year, ummi dapat hadiah yg agak mahal dari ayah.. tapi tahun ni hadiah ummi tak mahal, sangat simple tapi penuh makna.. ummi lagi suka hadiah tahun ni.. hmmm.. terima kasih sayang ;))

Wednesday, November 4, 2009

Doa..



abang la orangnya tu.. insyaAllah..

sebelum menikah dengan suami, kata-kata itu yang sering aku pegang.. dalam doa.. semoga Engkau temukan aku dengan hambaMu yang mampu membimbingku ke jalanMu.. Alhamdulillah doa yang aku panjatkan siang dan malam termakbul buat diriku.. sentiasa berdoa tanpa asa kerana Dia pasti menunaikannya.. sentiasa yakin dengan doa itu sehingga bisik-bisik dari musuhNya lenyap.. 

"kak, macam mana akak dapat suami hensem?" tanya adik kat tempat kerja yang dalam usaha mencari teman hidup..

"hensem?? akak tak cari yang hensem. yang hensem tu cari akak"  hehehe...

"ala akak ni.. cite la.. susah nak dapat suami yang hensem kan?"

"dik, akak tak cari pun yang hensem.. tapi Dia yang bagi.. akak cuma mintak yang mampu membimbing akak di dunia untuk dibawa ke SyurgaNya.. yang hensem tu free gift dari Allah " hehehe lagi...

bunyi dia senang.. doa lepastu dapat.. mulakan lah doa dengan asmaul husnaNya.. kemudian selawat ke atas junjugan RasulNya.. kemudian menundukkan kepala tanda kerdil, hinanya kita nak meminta dari Yang Khaliq sedangkan diri penuh dengan dosa yang belum tentu diampunkanNya.. menjadikan diri sekecil kecilnya, sehina hinanya, sezalim zalimnya untuk meminta.. insyaAllah doa yg dipanjatkan tidak putus-putus dan disisip sekali pengharapan yang besar dan keyakinan yang tinggi, doa itu akan termakbul.. Dia tak pernah sia-sia kan doa hambaNya..

lagi satu, sentiasa perbaiki diri menjadi yang SOLEHAH untuk dapat yang SOLEH ;)








Tuesday, November 3, 2009

kamu sangat seksi

ehem ehem.. sila lihat ini...



anakku... lihat apa yang telah berlaku.. kamu sangat seksi.. ini adalah tanda-tanda seorang anak yang bakal merangkak ye.. aduh sayang...punggungmu comel.. hehehe...

Monday, November 2, 2009

teething blues




ha tengok tu.. jannah dengan muka yang sangat tak selesa.. gusi diketap ketap.. air liur banyak dalam mulut.. gelisah..

"gusi dia gatal tu dasuma.. nak tumbuh gigi dah"

mil bagitau.. aduh kesiannya anak ummi nih.. dia tak merengek tapi dia asik gelisah.. sana tak kena sini pun tak kena.. lepas tu jannah suke gigit-gigit puting botol die.. well sayang, this is your first test.. there will be more coming.. sabar ye jannah.. ummi pun kena sabar jugak.. jannah's first experience and also mine.. haihh... heshh tak baik mengeluh.. kena cakap apa jannah?.. innalilahiwa....