abang la orangnya tu.. insyaAllah..
sebelum menikah dengan suami, kata-kata itu yang sering aku pegang.. dalam doa.. semoga Engkau temukan aku dengan hambaMu yang mampu membimbingku ke jalanMu.. Alhamdulillah doa yang aku panjatkan siang dan malam termakbul buat diriku.. sentiasa berdoa tanpa asa kerana Dia pasti menunaikannya.. sentiasa yakin dengan doa itu sehingga bisik-bisik dari musuhNya lenyap..
"kak, macam mana akak dapat suami hensem?" tanya adik kat tempat kerja yang dalam usaha mencari teman hidup..
"hensem?? akak tak cari yang hensem. yang hensem tu cari akak" hehehe...
"ala akak ni.. cite la.. susah nak dapat suami yang hensem kan?"
"dik, akak tak cari pun yang hensem.. tapi Dia yang bagi.. akak cuma mintak yang mampu membimbing akak di dunia untuk dibawa ke SyurgaNya.. yang hensem tu free gift dari Allah " hehehe lagi...
bunyi dia senang.. doa lepastu dapat.. mulakan lah doa dengan asmaul husnaNya.. kemudian selawat ke atas junjugan RasulNya.. kemudian menundukkan kepala tanda kerdil, hinanya kita nak meminta dari Yang Khaliq sedangkan diri penuh dengan dosa yang belum tentu diampunkanNya.. menjadikan diri sekecil kecilnya, sehina hinanya, sezalim zalimnya untuk meminta.. insyaAllah doa yg dipanjatkan tidak putus-putus dan disisip sekali pengharapan yang besar dan keyakinan yang tinggi, doa itu akan termakbul.. Dia tak pernah sia-sia kan doa hambaNya..
lagi satu, sentiasa perbaiki diri menjadi yang SOLEHAH untuk dapat yang SOLEH ;)
3 comments:
doa.. is a very powerful thing.. doa..
salam dd,
saya suka doa itu...thanks for sharing....nice blog by the way..
mam, sama2:) singgah2 la salu ek.. hehehe..
Post a Comment