confuse dengan tajuk entry ummi ni? sebenarnya bila tengok je perkataan stress @ tekanan tu dah tau kan yang ini adalah biasa.. biasa-biasa aje.. sebab dah selalu dengar dan selalu juga lah mengalami stress.. cuma yang berbeza ialah tahap stress masing-masing..
jom kita ke 3 tahun kebelakang semasa baru bergelar isteri.. waktu itu sangat indah, manis, ceria.. senang cerita pandangan di sekitar itu bunga-bungaan belaka.. wangi tiap-tiap hari.. tetapi setelah ia berlalu 3 tahun dari waktu itu, pandangan itu telah bertukar menjadi hutan sahaja.. bunga-bunga ada tapi jarang dan sukar untuk dicari.. sebab dalam hutan kan..
pening dah ke baca entry ummi ni? hehee.. meh ummi terangkan.. setelah 3 tahun komited untuk melangkah ke alam perkahwinan dan alam keibu-bapaan ini, hidup telah dikurniakan satu tekanan.. "jika merancang ke pelamin (perkahwinan), rancanglah juga hingga ke lampin (keibu bapaan)".. "lampin" itu yang selalu kita lupa.. lupa yang alam keibu bapaan itu adalah mencabar.. kalau tidak mampu tangani ia, jadilah persekitaran itu sebuah hutan.. perkahwinan juga menjadi sukar disebabkan title suami dan isteri menjadi isteri cum ummi dan suami cum ayah..
salah satu punca tekanan itu datangnya dari tempat kerja.. banyak sungguh kerja di pejabat.. boss pula jenis yang nak semua cepat.. kerja kena siap seiring dateline yang diberi.. di tambah lagi dengan perkara-perkara lain selain kerja yang unsettle di luar.. bila dah jadi macam tu tekanan pun terasa.. dan tidak mustahil tekanan itu akan terbawa sehingga ke alam perkahwinan dan alam keibu bapaan kita (home sweet home)..
kata lah berlaku sedikit kesilapan dalam hubungan suami isteri dan hubungan anak dan bapa, tentu sahaja akan berlaku satu fenomena yang kita tak nak langsung ketemu.. iaitu marah.. isteri tanpa sengaja tertinggi suara kepada suami di meja makan.. suami tarik muka masam.. tak mahu bercakap dengan isteri.. kemudian isteri marah pula anak yang menangis minta perhatian.. ini semua adalah tekanan..
punca tekanan itu adalah persekitaran kita.. andai ia mengundang tekanan pada kita, rasional kan diri dalam menghadapi tekanan tu.. hadapi lah tekanan itu dengan HATI bukan MULUT.. bagi ummi tekanan itu adalah satu kurniaan.. senang cerita ianya adalah UJIAN.. ia dikurniakan oleh Allah untuk kita mengadap Dia.. selalu sahaja kita terlupa, lalai dengan nikmat yang Allah beri.. kita terlupa taman bunga yang Allah selalu bagi.. sehingga Allah beri kita hutan yang gelap dan suram.. sedangkan sesekali sahaja kita dikurniakan sebuah hutan.. oleh itu carilah taman bunga itu semula dengan mengingati Allah, mengadap Allah.. memohon keampunan kerana terlupa, terlalai akan nikmat yang Allah beri selama itu.. terlupa akan Dia.. mohon untuk diberikan petunjuk untuk menyelesaikan tekanan @ ujian itu.. hanya Dia yang mampu menolong kita menghadapinya kerana dari Dia jugalah tekanan @ ujian itu datang..
andai stress berdoalah dengan doa ini :
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami. Sesungguhnya Dia sebaik-baik penolong"
surah Ali Imran ayat 173..
jika berlaku tekanan jangan marah atau melenting.. sebaliknya tariklah nafas sedalam-dalamnya dan hembus dengan perlahan.. kerana pada waktu itu, jantung sedang berdegup kencang bersedia untuk melontarkan api kemarahan.. tetapi apabila dihembus nafas itu perlahan-lahan jadilah jantung itu berdegup dengan normal dan ia mampu untuk membantu kita berfikir rasional dalam menghadapi tekanan.. kemudian berdoalah dengan doa yang ummi beri tadi.. andai masih tidak mampu menghadapi tekanan itu, berwudhuklah dan solat dua rakaat.. insyaallah membantu..
cinta hati ummi :)
No comments:
Post a Comment