Bismillahi ya rahman ya rahim :)
ummi tak rajin nak update blog semenjak dua menjak ni.. ada cerita nak tulis.. kalau tak cerita pasal jannah, pasal apa-apa yang mendatangkan kebaikan.. sebab menulis ni bukan suka-suka tapi ia perlu dicoretkan sesuatu yang berguna dan terkesan.. kalu tak terkesan kat orang-orang yang membacanya, ia wajib terkesan pada yang menulisnya.. ummi lah tu :)
punca tak rajin tu datang dari mood ummi yang agak gloomy minggu ni.. ummi bakal meninggalkan ayah dan jannah buat pertama kalinya jauh dari Semenanjung.. iaitu ke Sabah.. terasa sedikit berat untuk pergi.. sebelum ni, mana pernah jannah tido tanpa ummi.. dah setahun sebulan ni, dia tak pernah tido tanpa ummi.. jadinya ini adalah perkara terberat untuk ummi lakukan.. lepas tu adalah suara-suara yang memujuk..
dearly abu jannah : takpe lah.. bila lagi nak buat macam ni.. kadang-kadang kena cuba tinggalkan untuk bagi dia belajar berdikari...
seorang Pak Haji yang prihatin : apa lah yang susah sangat.. nanti awak nak pergi bertugas kat Tanah Suci lagi lama nak tinggal anak tu.. haa macam mana...
seorang kakak Secretary yang baik hati : dasuma, kadang-kadang kita kena tinggalkan dorang ni untuk dapatkan rasa rindu tu.. kalau tiap-tiap hari jumpa, boring jugak.. takda apalah.. 4 hari je..
semua suara memujuk tu betul.. jadinya ummi harus, perlu, kena jugak tinggalkan.. lagipun 4 hari je.. hah! datang balik semangat nak pergi.. yes!.. esok lembik balik sebab terfikir macam mana jannah malam-malam tanpa ummi ni.. ha macam tu lah ummi selagi tak jejak kaki kat Sabah tu.. alahai bila nak pergi ni.. cepat-cepat pergi, cepat-cepat balik.. ummi takda nak tengok-tengok jannah dan ayah tapi Dia ada.. insyaAllah..
semoga Dia sentiasa melindungi jannah dan abu jannah dari sebarang kemudharatan yang datang dari langit dan bumi.. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.. amin...
No comments:
Post a Comment