Wednesday, July 21, 2010

Ramadhan yang hampir tiba + Syawal??

Bismillahi ya rahman ya rahim :)


tadi tiba-tiba ummi tertengok kalender.. hari ni dah masuk 9 Syaaban.. jadinya, lagi 2 minggu nak masuk bulan puasa.. hah! cepat nya.. habislah.. bila dah dekat nak puasa secara automatiknya ummi akan 'ter' masukkan sekali checklist untuk raya.. hmm macam tak ok je..

bila nak masuk bulan puasa sepatutnya persediaan untuk berpuasa menjadi keutamaan seperti persediaan perut yang tiap-tiap hari terisi dengan makanan... ia perlu sesekali merasa kosong untuk menghadapi Ramadhan.. takda lah terkejut.. tetapi.... dah jadi kebiasaan kita dari budak sampai jadi mak orang ni... bila bercakap tentang  Ramadhan, Syawal lah yang menjadi perkara pertama yang dituju, yang diusahakan.. contohnya baju raya.. lepas tu, biskut raya, bekas kuih raya, kerepek, kasut raya.. semua lah yang ber 'raya-raya' tu.. bila nak berubah ni ummi.. haihhh :(...

jadinya, ummi akan seimbangkan disini.. Syawal tetap ummi nanti tetapi Ramadhan akan ummi sambuti dengan penuh keraian berbanding tahun-tahun yang sebelum ni.. Ramadhan 2 tahun lepas, ummi dah pasang niat untuk penuhkan sebulan bertarawikh.. jika tidak di masjid, ummi akan usahakan di rumah.. dan Alhamdulillah berhasil.. cumanya macam biasa lah yang berlaku bagi kaum hawa iaitu 'cuti seminggu dengan gaji' :).. takpa itu dengan gaji.. jadinya tiada masalah..

tahun lepas pula, ummi dah ada jannah :) bulan Ramadhan yang mecabar kerana ia adalah 'pertama kali' selama ummi bernafas di bumi Allah ini.. tarawikh ummi boleh dikira :(.. itu pun bila dah menjelang subuh baru lah ummi mampu melaksanakannya.. bukan lagi berjamaah bersama muslimat di masjid.. tapi bukan ukuran bertarawikh penuh sebulan atau suku bulan tetapi niat serta penghayatan kita mengerjakannya yang dinilai..

jadinya untuk Ramadhan kali ini, insyaallah ummi akan cuba bertarawikh ditambah dengan penghayatan yang sebenar untuk sebulan berpuasa itu.. ini adalah niat ummi.. senang cerita itu adalah azam ummi untuk Ramadhan kali ini.. niat yang baik, didengari Allah.. apabila didengari, dan diusahakan, dengan izinNYA kita diberi kekuatan untuk melaksanakan niat yang dihajati itu..

bagi Syawal yang bakal menjelma juga, akan ummi usahakan memenuhi checklist yang dah dibuat tu.. dah ada checklist tau :).. tapi dengan bersahaja.. mana yang perlu dan tiada pembaziran.. cukup sekadar menyenangkan hati tetamu dengan pandangan mata (langsir, hiasan rumah) dan 'penghadaman' tetamu (biskut, kerepek, juadah raya)..


tahun pertama ummi sambut Syawal sebagai seorang isteri :)


tahun kedua :)


tahun ketiga bersama jannah :)


ada improvement dari segi ahli yang berada dalam gambar.. tahun ni insyaallah sama juga bilangan macam raya tahun ketiga ummi :)


No comments: