Friday, July 9, 2010

a big question mark for ummi...

Bismillahi ya rahman ya rahim :)


sesiapa yang tersedar, agak lama juga ummi tak update blog jannah ni.. alasan nya ummi tak tahu nak cerita apa.. ada cerita tapi nak elaborate tu perlu kan masa yang panjang.. today, finally ummi has something to share after some time.. its about our little jannah :)..



memandangkan jannah telah mencapai usia nya yang setahun sebulan, akalnya juga telah menjadi 'setahun' juga.. wahh senang cerita jannah sangat berakal ok sekarang ni..

PART I

ummi : jannah, jangan main botol tu.. kan dah tumpah.. (jannah suka tonggeng-tonggeng kan botol susunya sampai susu keluar dari puting botol)
jannah : heeeiiiiiii! (jannah marah ummi balik sebab ummi cakap "jangan". jadinya, dia tahu ummi tak bagi buat macam tu. tapi dia nak buat juga)

disini ummi membuat kesimpulan bahawa jannah tak suka orang tegur apa yang dia buat.. anak sulung kot.. selalunya yang sulung ni pantang sikit di tegur.. tapi bila ummi cakap elok-elok.. macam ni...

ummi : jannah, meh bagi ummi botol tu.. ummi nak.. ummi nak minum (terus ummi ambil botol tu)
jannah : *diam* (bagi ummi botol dan dia main air susu yang dah tumpah tu)

PART II

nenek cakap, jannah cepat tangkap setiap perkataan yang dia dengar.. walaupun perkataan tu dia tak pernah dengar sebelum ni.. contoh nya macam ni...

bila jannah dah habiskan susu dia, jannah akan campak botol tu...

nenek : jannah, jangan campak botol tu...
jannah : pakkk... (jannah ambil botol tu dan campak lagi sekali sambil sebut balik perkataan "pakkk" tu)

PART III

ummi : jannah, laptop rosak nanti.. (jannah suka gadget. contoh : remote, laptop, handphone, calculator)
jannah : ocakkk?... (rosak?)
ummi : ha rosak.. jangan usik (jannah tengok je laptop tu. tak diusik. tapi lama-lama pegang juga laptop tu)


insyaAllah anak yang cepat belajar ni kalau diajar sesuatu dia akan cepat tangkap apa yang di ajar tu dengan baik.. jadinya kena berhati-hati andai salah ajar, yang salah juga lah yang dia dapat.. jadinya, ummi dah mula berangan nak ajar jannah mengaji.. sekarang ni tengah cuba ajar jannah kenal huruf jawi dengan bantuan flash card.. tapi bila ummi sebut satu persatu huruf itu sambil tunjuk kad, jannah cuma memerhati tidak bersuara.. adakah semasa dia senyap sambil memerhati pada waktu itu dia sebenarnya sedang digest apa yang dilihat dan didengar? hmm... a big question mark for ummi.. tak pasti sangat..




No comments: