Monday, October 11, 2010

jadilah seorang yang Jannah..

Bismillahi ya rahman ya rahim :)


its been a while.. yeah, i know.. i am enjoying every moment as a mother :)



Jannah dah pandai cakap.. pandai marah dan tak puas hati.. pandai buang pampers yang dah guna dalam tong sampah.. pandai menjeling, yang ni paling cute :).. pandai dengar cakap Ummi dan Ayah.. tapi yang tak tahan nya, dia dah pandai tak nak dengan orang yang dia jarang jumpa.. Opah dan Atuk Meru selalu kena yang ni.. bila balik je weekend ke Meru, Jannah tak nak dengan Opah dan Atuk.. but then, dia ok la lepas tu.. it takes time for her to get along with them.. kalau saudara-mara yang lain yang memang dia jarang sangat jumpa, menjerit-jerit nangis bila didukung tanpa rela.. memang tak nak langsung ok..



Jannah itu apabila di bahasa melayukan bermaksud Syurga.. Syurga itu indah, dipenuhi dihiasi dengan sebanyak-banyak kenikmatan dan kebaikan oleh Allah.. oleh itu Jannah, jadilah seorang yang bersifat Syurga itu.. jadilah seorang yang bertaubat, sabar, takut kepada Allah, bertakwa, seorang yang berkasih sayang, taat pada Allah dan yang solehah.. mereka yang memiliki sifat-sifat di atas ini, tempatnya adalah Syurga.. insyaAllah, dengan Rahmah Allah :) Ummi dan Ayah sayang kamu..


Thursday, September 23, 2010

Berjalan Raya..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Jom Raya lagi!!

bila sebut Raya, Ummi percaya semua akan ingat tentang ziarah saudara mara.. orang jawa sebut 'ngelincer'.. sama juga lah dengan Ummi.. keluarga Ummi di Meru dan keluarga ayah di Jalan Kebun akan melakukan perkara yang sama setiap kali Syawal tiba.. dan ini menyebabkan Ummi beraya cukup sebulan sebab ramai saudara mara dan sahabat handai yang nak kena ziarah..


lokasi : rumah nenek Jannah di Jalan Kebun


lokasi : rumah makcik sebelah Ummi di Jalan Paip, Meru


lokasi : rumah nenek sebelah Ayah di Jalan Kebun


lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Sg. Udang, Klang



lokasi : rumah atok saudara sebelah Ayah di Kg. Delek, Klang



lokasi: rumah pakcik sebelah Ayah di Putrajaya



lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Bandar Putera, Klang



lokasi : rumah makcik sebelah Ummi di Bandar Kinrara, Puchong



lokasi : rumah makcik sebelah Ayah di Skudai, Johor
... ini ziarah yang paling jauh Ummi sekeluarga pergi..



lokasi : rumah pakcik sebelah Ayah di Telok Gong, Klang


gambar-gambar yang terakam di atas adalah sebahagian sahaja.. sebenarnya raya kali ini Ummi kira ada 25 buah rumah yang telah dikunjungi.. kebanyakannya di sekitar Meru, Jalan Kebun, Klang dan KL.. semua adalah saudara mara dan kaum kerabat Ummi dan Ayah.. insyaAllah Ummi akan terus kekalkan tradisi ini bermula dengan Jannah sehingga ke cucu cicit Ummi kelak.. kerana kelebihan ziarah ini kita dapat merapatkan silaturahim sekaligus mengekalkan rasa kesaudaraan.. Ummi taknak anak-anak Ummi hilang trace keturunan sendiri yang makin lama makin bertambah dan beranak pinak.. insyaAllah akan dikekalkan dari tahun ke tahun..   

Raya Ummi, Ayah dan Jannah..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Jom Raya!!...

masih dalam mood raya?.. Raya kan sebulan, so, sebulan jugaklah ummi ber 'mode' raya ye :).. harap semua juga begitu.. tapi jangan lah sakan sangat.. jangan lupa puasa sunat 6 di bulan Syawal.. supaya kita terus merasakan mood Ramadhan itu.. bagi ummi, puasa sunat 6 adalah sequel dari puasa di bulan Ramadhan supaya kita terus tawadhuk beribadah di bumiNya.. kita akan jadi lebih bersederhana sebagai seorang hamba.. tidak berlebih lebihan dari segi makanan terutamanya.. ye la.. kan raya.. habis puasa makan lah kan.. bagi yang mementingkan berat badan, berat yang dah turun bulan puasa hari tu confirm masih maintain kalau diamalkan berpuasa sunat.. perut pun selesa sebab tak disumbat dengan macam-macam makanan.. so, berpuasalah semua di bulan Syawal :)

actually, ummi nak cerita benda lain.. ummi nak cerita tentang raya ummi, ayah dan jannah :)


theme colour tahun ni..


raya pertama di Meru..


jannah  berbaju kurung.. perasan tak rambut dia tu.. janji nak potong waktu raya kan.. settle dah..



ayah dan jannah...


akhir kata, Selamat Hari Raya semua!!


p/s : more photos will upload in facebook.. insyaallah...

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya semua :)

Bismillahi ya rahman ya rahim :)



Ummi..


Ayah..


dan....


Jannah

nak
ucapkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog ummujannah ni.. have a pleasant Hari Raya.. jemput datang ke rumah.. nak datang inform dulu ok sebab kitorang tak lekat sangat kat rumah time Raya nanti insyaAllah..

semoga

Syawal kali ini membawa barakah dan rahmah kepada semua.. amin..

shopping raya jannah :)

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ni nak cerita pasal jannah lagi ni.. kalau korang nak tau, ummi dah kurus dah tau..

kawan-kawan ummi : kenapa kau kurus sangat dasuma? diet ke.. kurus sangat ni...
ummi : *berbunga* anak aku aktif sangat.. tu yang aku jadi camni..

hehehe.. ummi salahkan jannah pulak kan.. tapi betul apa.. meh tengok ni...








ini jannah dekat Carrefour Kota Kemuning


mula-mula dia sopan duduk dalam troli


lepas tu dia mulakan kerja dia









kenapa boleh jadi shopping raya jannah je? sebab dia yang paling rileks sekali time shopping tu.. ummi dan ayah penat kejar-kejar dengan dia dalam mall tu.. makin kurus ummi tau.. barang-barang ummi dan ayah beli dengan keadaan yang rushing.. nak settle cepat sebab dah penat..

Alhamdulillah jannah aktif.. bila dia mula tak sihat, tak nampak dah dia jadi seligat ni.. nangis je.. makan pun tak mahu.. so, ummi suka :) syukran ya Rabb..

Ramadhan yang terakhir..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) 30 Ramadhan 1431H...

hari ni Ramadhan yang terakhir.. baru ummi terasa nak update blog.. since esok diumumkan 1 Syawal which is Raya!, jalan nak ke office teramat lengang.. sepatutnya dari sejam ummi sampai office, hari ni 30 minit sampai.. oh lupa, ye ummi masih bekerja :) korang dah cuti dah kan.. takpe takpe.. lepas raya ummi cuti lama.. seminggu tau.. ha amek kau..

pernah tak tanya, macam mana Ramadhan aku tahun ni?.. pagi tadi on the way ke office, ummi cuba tanya diri sendiri macam mana Ramadhan ummi.. spontan ummi jawab, FAIL.. hmm entahlah.. ummi tak rasa puas hati dengan tahap pencapaian ummi untuk Ramadhan kali ini.. setiap tahun cuba perbaiki tapi sentiasa ada yang kurang.. bukan sebab kekerapan mengerjakan terawih atau berpuasa penuh.. ia lebih mendalam.. nak cerita kat sini susah.. ummi tak pandai nak mengolah ayat bagi semua faham apa yang mendalam itu.. boleh teroka sendiri dengan 'Muhasabah Diri'.. cubalah.. korang akan nampak apa yang 'dalam' itu sebab ia adalah secebis hidayah dari Nya.. untuk kita sentiasa berada di landasan yang benar..

salah satu cara bermuhasabah adalah dengan bersendirian selepas solat.. berteleku di atas sejadah dengan wudhuk yang masih ada.. rewind perjalanan hidup korang.. ada tak yang tak kena.. dari situ korang akan nampak.. cubalah.. tak ambil masa yang lama pun.. bila tiba-tiba air mata bercucuran, itu tandanya korang sedang bermuhasabah diri.. menyucikan diri dari dosa-dosa yang tak pernah bersih dari dalam diri.. check hubungan kita dengan mak ayah, suami, anak dan orang-orang disekeliling kita.. satu yang ummi dapat dari seorang colleague.. dia cakap, dalam hidup kita, kalau kita ada seorang musuh bermakna kita dah gagal hidup.. hubungan manusia itu adalah salah satu yang 'mendalam' itu tadi..

oleh itu, bagi kawan-kawan yang rajin baca blog ummi ini, ummi nak MOHON MAAF andai ummi ada tersalah kata, tersinggung dengan tulisan ummi, terkutuk dalam blog ni, ummi minta maaf ye.. ummi tak sengaja.. minta maaf sangat.. Selamat Hari Raya :))

Thursday, August 26, 2010

jannah is having her father's gene

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Salam Ramadhan Kareem...

have i told you that jannah is such an active toddler now? this is another story...

last 3 days, ummi and ayah went to Hotel Impiana, Morib for break fasting with ayah's officemate.. jannah was seated on the baby chair.. ummi has captured her behaviour on that chair.. jom tengok!





















trying to reach ummi to butt off from the chair..


she can only sit properly on that chir for about 15 minutes.. since there is more food that ummi and ayah desire to eat, we have to leave her alone on the chair for a moment.. but.. this is how she end her dinner at the Hotel..







sitting on ayah's lap.. well, look who's the father la kan :)


Ummi wa Ayah Qurratu A'yun..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Alhamdulillah masih lagi di bulan Ramadhan..

dah berapa lama ummi tak update blog?
seminggu kot..

apa pasal ummi tak update ye?
ummi tak berapa rajin nak update.. rajin nak membaca blog kawan-kawan ummi je..

by the way, jannah sangat aktif sekarang ni.. kadang-kadang akibat kepenatan (lagi-lagi di bulan puasa ni) ummi ter 'merajuk' dengan jannah disebabkan tahap keinginantahunya (baca betul-betul ye) semakin meningkat dari hari ke hari.. setakat ni dah 4 biji gelas kaca ummi pecah.. hmm ummi terfikir, jannah baru 1 tahun 2 bulan dan gelas ummi dah pecah 4 biji.. bila die 2 tahun 2 bulan ummi rasa habis terus barang-barang kaca kat rumah tu..

berbalik pada cerita ter 'merajuk' dengan jannah.. ntahapahapa la ummi ni.. ummi yang mempunyai akal seorang manusia berusia 26 tahun nak dibandingkan dengan jannah yang berakal 1 tahun 2 bulan tu, nak merajuk dengan jannah.. what a nonsense la ummi!.. yang ummi perasan, tahap kesabaran ummi sangat menguji di bulan puasa ni.. betul apa yang ummi dengar, Ramadhan adalah bulan MUJAHADAH.. berjihad menentang emosi dan nafsu.. sangat menguji kesabaran ok..

tapi bila melihat wajah comel jannah, terus cair :) tak percaya, tengok ni...

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x

x





















faham kan maksud ummi :) jadi, kepada kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga dan confirm la nak terus berzuriat kan, anak-anak korang nanti lah yang akan jadi penyejuk mata korang.. dan jannah adalah ummi wa ayah qurratu a'yun.. sayang kamu :)

Tuesday, August 17, 2010

kamu yang bernama Salleh Gregor Samsa!

Bismillahi ya rahman ya rahim :) Salam Ramadhan semua!

ummi terima email yang membuatkan mulut ummi laju meluncurkan kata-kata, "kurang ajar betul dia ni!".. nama dia Salleh Gregor Samsa.. nama di facebook jarang diambil bulat-bulat dari nama sebenar di i.c.. pada mulanya terasa marah.. tapi di akhirnya, ummi sangat kesian dekat dia.. kesian sangat..


*click picture for larger view

ummi rasa dia tak tahu tentang islam.. dia tak kenal Allah swt.. dia tak pernah baca al-quran, apatah lagi melihat dan membuka kitab itu.. dia buta, cacat, disable.. kesian..

yang ummi sedih dan lebih mengasihani beliau bila dia cakap..

"Are we praying for the right God?"

maknanya dah sah dia tak pernah mengenali Allah, Maha Pencipta.. yang mencipta empunya diri yang bertanya tu.. kesian lagi.. mesti ada faktor-faktor yang menyebabkan Salleh Gregor Samsa ni menjadi sedemikian rupa.. dia dilahirkan dalam keluarga islam berdasarkan i.c yang dinyatakan tercatat agama dan bangsa nya iaitu islam dan melayu.. tetapi.. itu bukan menggambarkan dia.. adakah didikan yang diterima dia dari kecil menyebabkan Salleh Gregor Samsa berfikiran begitu? atau dipengaruhi rakan sebaya kerana rakan-rakannya juga begitu.. hmm ramainya :(

ini yang perlu ummi fikir dalam-dalam, jauh-jauh untuk kepentingan zuriat dan keturunan ummi yang bakal mentadbir bumi Allah ini.. takut bila kenangkan macam mana anak kesayangan ummi, Jannah bakal duduk di dalam dunia yang terdapat orang-orang macam Salleh Gregor Samsa dan rakan-rakan.. selamatkah dia? kuatkah dia?.. risau..

oleh itu, didikan yang berakar dari ummi dan ayah lah yang akan menguatkan kebolehan Jannah untuk hidup atas bumi Allah masa kini.. ini serius.. jangan pandang ringan bab didikan anak-anak.. nasihat ummi pada kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga..

pernah dengar ini? untuk mendapat pasangan yang soleh dan solehah, jadikan diri mu terlebih dahulu soleh dan solehah.. ungkapan ini boleh digunapakai begini pula.. untuk mendapat zuriat yang soleh dan solehah, jadikan dirimu ibu dan ayah terlebih dahulu yang soleh dan solehah.. cari lah yang soleh dan solehah di Ramadhan yang mulia ini.. insyaAllah.. niat yang baik, akan didengari Allah seterusnya di pandu ke arah yang baik juga.. mohonlah padaNya :)

andai yang akar itu kuat mencengkam pada dasarnya, insyaAllah pengaruh rakan-rakan dan yang lain juga dapat di atasi.. insyaAllah.. hanya doa yang dipanjatkan dan usaha dizahirkan untuk zuriat keturunan ummi menghadapi kisah yang berlaku pada Salleh Gregor Samsa (semoga kamu dikurniakan Allah hidayahNya..amin)




Monday, August 16, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Kareem..

Bismillahi ya rahman ya rahim :) syukran ya Rabb.. kerana membenarkan hambaMu ini berada sekali lagi di bulan Rahmat Mu, Ramadhan...


selepas membaca blog kakak, saudara mara dan kawan-kawan ummi, baru ummi tersedar yang ummi tak tulis apa-apa tentang Ramadhan pun dalam blog ummi..

pagi tadi selesai solat subuh ummi terus siap-siap ke tempat kerja.. Ramadhan ni ummi masuk kerja pukul 7.30 pagi dan balik pukul 4.00 petang.. senang.. pergi awal dan balik awal.. jalan pun Alhamdulillah agak lengang berbanding bulan biasa.. sepanjang perjalanan ummi ke tempat kerja, ummi perhatikan kelainan pada langit ciptaan Allah.. indah sehinggakan pertama kali ummi memandang kepadanya, terpacul terus ucapan "Subhanallah.. cantiknya".. sebelum ni ada juga terpandang pemandangan matahari terbit bila bawa kereta ke office tapi perasaan itu lain berbanding hari ini.. bagi ummi, ini adalah hikmah Ramadhan itu sendiri... lidah dan hati diizinkan Allah sentiasa mengingatiNya.. terasa bulan ini penuh sungguh dengan barakah..

satu lagi yang ummi perasan pada bulan Ramadhan ini iaitu ujian yang menimpa agak terasa.. contohnya : beban kerja yang banyak.. ummi kena siapkan 140 kad hari raya untuk boss ummi.. dari kerja menaip alamat, print, gunting dan tampalkan ia pada sampul.. kemudian stamp perlu di lekatkan sehingga ke proses postage.. ia mengambil satu hari bekerja.. itupun kerja-kerja menampal stamp ummi sub kan pada rakan ummi.. kalau tak ia akan mengambil masa 2 hari.. terasa lenguh-lenguh badan.. itu adalah ujian yang ummi rasakan.. kalau sebelum ni, mahu sahaja mulut ni mengungkapkan kata-kata rungutan :).. lihat.. lagi satu keindahan bulan Ramadhan.. ia mengingatkan kita bahawa kita adalah hamba yang sentiasa diberi ujian, bebanan.. ikhlaskan hati menghadapinya..

pada Ramadhan ini juga, ummi diserikan dengan berita-berita kematian.. setiap hari.. ummi perasan yang ini.. kalau tidak melalui corong speaker di pejabat, ada didengar dari masjid-masjid atau dari saudara mara dan jiran-jiran.. setiap hari ada kematian.. terfikir ummi, mereka yang 'pergi' ini tidak berjumpa lagi dengan Ramadhan.. ummi bila? awak bila?.. terasa hiba bila memikirkan tentang ini.. astaghfirullah.. bila Ramadhanku yang terakhir, ya Allah..

untuk hari ke 6 Ramadhan ini, ummi ingin mengucapkan kepada rakan-rakan yang sudi menjengah blog ummi Selamat Menyambut Ramadhan Kareem.. semoga Ramadhan kali ini lebih sempurna.. lihat kembali hari-hari anda di bulan Ramadhan ini.. ada tak kebetulan yang sama yang dirasai ummi seperti di atas.. kalau ada, muhasabahlah.. manfaatkan ia.. penuhkan dengan zikir keampunan.. kerana kita adalah hamba yang tidak lari dari dosa.. dan Ramadhan adalah tempatnya memohon keampunan dengan lebih bermakna.. Dia terlalu suka mengampunkan kita.. kerana Dia adalah ya Ghaffur, ya Rahman, ya Rahim.. maka rebutlah sepenuh peluang ini di bulan yang sekali ini sahaja kunjungannya.. kerana ini mungkin Ramadhan mu yang terakhir.. muhasabahlah sahabat :)

small matter la ummi!

Bismillahi ya rahman ya rahim :)

ni lah jadinya bila takda bahan nak di blend untuk dijadikan entry dalam blog ummi.. takpa lah.. asalkan ada :)

ummi sedang menghadapi sekecil kecil masalah sekarang ni.. orang kata "small matter".. tapi walaupun small matter, dah lama sangat tertangguh untuk selesaikannya.. tengok je 'matter' tu, rasanya "hmm takpalah, ok je tu.. tak payah usik lah".. pastu esok, tengok balik "haih rasa nak potonglah".. orang yang tak reti nak buat keputusan memang macam tu.. ummi lah tu.. kejap ok, kejap tak ok.. sampai bila pun tak selesai..

masalah nya adalah ini...

rambut jannah...

panjang sangat.. dah tutup dah telinga dia..


haa kan panjang tu...


kadang-kadang bila tengok, rimasnya lah anak ummi rambut macam ni...

serabai lah jannah ni..

 


bila diikat comel macam ni.. takmo..

ditarik-tarik hairband tu nak buang...



abu jannah cakap "sebelum raya nanti kita potong"... haa saksikanlah entry akan datang tentang rambut jannah yang dipotong tu ye.. tapi ummi tak mahu lah kalu potong jadi camni...


macam boy...